Jumaat, 5 April 2013

ABU BAKAR HUSIN KATA MELAMPAU ??? @ZambryAbdKadir @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

Alahai ustaz sorang ni, bila disebut je pasal PAS beliau kata melampau tapi bila disebut tentang UMNO dan Barisan Nasional okey pulak.

Abu Bakar Husin yang bakal bertanding di kawasan DUN Titi serong mengatakan bahawa kenyataan Tan Sri Harussani Zakaria apabila Mufti Perak yang mendakwa PAS lebih buruk daripada kafir adalah satu perkara yang melampau.

Bagaimana pula dengan kenyataan Nik Aziz yang mengatakan UMNO kafir tu pulak Ustaz? boleh pulak ye? Sebab apa jadi macam tu? Sebab PAS menganggap Nik Aziz tu pemimpin yang Maksum?

Ustaz ni juga kata yang kenyataan Nik Aziz tu telah di putar belitkan oleh media, nah kita tengok ni siapa yang putar siapa yang belit.

klik gambar untuk video
Jadi tolong tafsirkan apa maksud Nik Aziz tu wahai ustaz Bakar, jangan kata Mufti tu berat sebelah kalau ustaz sendiri senget sebelah.

Macam yang Sangkakala katakan tadi, mungkin ustaz merasakan Nik Aziz itu pemimpin Maksum yang membolehkan beliau mengungkap apa sahaja perkataan atau kenyataan tentang UMNO.

Ini dah nampak sangat dengan jelas bahawa pemimpin PAS akan menghalalkan apa juga cara demi untuk mencapai maksud, tapi mungkin juga sebab ustaz Bakar ni nak bertanding sebagai ADUN Titi Serong maka itu lah sebabnya ustaz cuba nak tunjukkan betapa baiknya ustaz sekarang ni.

Nanti Sangkakala buka lagi pekong yang ada dalam diri ustaz untuk makluman pengundi di Titi Serong ye, biarlah semua orang tahu siapa bakal YB mereka agar nanti tak tersilap langkah semasa memangkah.