Jumaat, 5 April 2013

ADUN KUALA KURAU KATA PKR KUAT ??? @ZambryAbdKadir @azwanbro @hairul_own @Muaamarghadafi

Biar betul sikit ADUN Kuala Kurau ni punya kenyataan, pusing satu Kawasan DUN dengan menyampaikan kata UMNO beli MP dan ADUN PKR sebab PKR tu kuat.

Meh kita dengar kenapa MP PKR ni keluar parti dulu baru kita buat kesimpulan, jangan main terjah je YB, mentang mentang dah dekat pilihanraya ni suka suka je nak kata macam tu, kita tengok video ni dulu okey YB?

klik gambar untuk video
Dah dengar tu YB? Ada komen tak pasal tu atau nak kata lagi YB PKR kena beli sebab PKR tu kuat?

Kalau PKR tu kuat, takkan YB nak pusing satu kawasan DUN bagi penerangan, atau YB sendiri pun dah hilang kepercayaan oleh pengundi di DUN Kuala Kurau dan sekarang YB cuba nak dapatkan semula?

Begitu lama YB Bundle ni hilang, dan Sangkakala sendiri saksikan bahawa UMNO Bahagian Parit Buntar melakukan tugas membantu rakyat di sekitar DUN Kuala Kurau, Titi Serong dan kawasan Parlimen Parit Buntar, sekarang YB ni kata PKR kuat? Kuat kencing rakyat kot mungkin la.

Jangan le kita percaya lagi pada YB Yunus ni, tiada apa yang beliau bangkitkan di Dewan Undangan Negeri untuk keselesaan rakyat Kuala Kurau selain dari mengangguk apa yang rakan rakan dalam pakatan beliau perkatakan.

Kalau dia ni masih diletakkan di kawasan Kuala Kurau alamat kemarau lagi lah kawasan tersebut dari pembangunan, sepertimana yang telah diperkatakan oleh YAB Menteri Besar Perak, sekiranya Barisan nasional diberi peluang untuk memimpin di kawasan DUN Kuala Kurau, akan kita lihat dengan mata kepala kita sendiri perubahan demi perubahan yang bakal berlaku di kawasan tersebut.

Jadi kali ini demi keselesaan dan kemajuan kawasan Kuala Kurau, pakatan pembangkang harus ditolak dan kerajaan Barisan Nasional perlu ditegakkan untuk memberi laluan kepada kemajuan kawasan tersebut.