Isnin, 15 April 2013

#tolakpakatan #GE13 PAS DIKHIANATI SEKALI LAGI

Gambar dibawah Sangkakala ambil di kawasan Nibong Tebal tengah hari tadi, apa yang Sangkakala perhatikan ialah adanya replika roket milik parti DAP disitu, dan dengan megahnya mereka mengibarkan bendera di atas replika tersebut. Tengok gambar di bawah.

Tapi pembaca nampak tak ada sedikit kepincangan dalam gambar tu? Tak nampak? Baik, Sangkakala bagi tau apa kepincangan yang ada.

Diatas replika tersebut terletaknya bendera DAP dan PKR yang berkibar megah, tapi dimana bendera PAS yang menjadi parti sekutu mereka?

Adakah kerana PAS tidak mempunyai keahlian dari kaum cina maka bendera PAS tidak dikibarkan seangkatan dengan bendera DAP dan PKR?

Disini sahaja kita sudah dapat melihat bahawa, ada sesuatu yang tidak kena dengan pekatan mereka ini, yang mana mereka ini didapati tidak mempunyai karaa sepakaat, bukan sahaja di dalam pakatan mereka malah didalam isu mengibarkan bendera juga mereka sudah jelas tiada kesepakatan.

Jadi apa lagi yang kita nak haraapkan dari PAS yang tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari DAP dan PKR?

Adakah jika pakatan pembangkaang memerintah, maka akan aada kataa sepakat, seperti mana yang dihebahkan oleh cikgu C.N Al-Afghani semalam didalam ceramahnya yang diadakan di Bagan Serai semalam, beliau ada memperkatakan tentang perjanjiaan diantara PAS, DAP dan PKR.

Video tentang ceramah tersebut akan Sangkakala keluarkan dalam masa terdekat dan para pembaca boleh mendengar apa yang didedahkan oleh beliau tentang perjanjian ini.

Jadi tidak ada gunanya kita memilih PAS sebagai parti yang dikatakan akan mewakili orang Islam namun tidak akan disenangi oleh kedua dua parti sekutu mereka, dan adakaah PAS nanti hanya akan menjadi pak turut dalam pemerintahan?

Hanya UMNO yang mampu untuk mengelola kesemua parti komponen Barisan Nasional yang memerintah negara selama ini, jadi fikir fikirkanlah, undi anda adalah penentu untuk masa depan negara ini.