Ahad, 14 April 2013

#tolakpakatan SIASATAN ROS JUGA SALAH UMNO ???

Pihak Pendaftar Pertubuhan telah menghantar notis kepada DAP untuk siasatan tentang pemilihan CAC yang diadakan oleh parti itu setiap tiga tahun sekali, namun Karpal Singh berkata pihak ROS telah menghantar notis tersebut 10 hari selepas pembubaran parlimen.

Ini seolah olah menunjukkan bahawa Karpal seperti menuduh bahawa ianya ada kaitan dengan pilihanraya walaupun ianya adalah silap dari pihak DAP sendiri.

Beberapa ahli dalam DAP telah membuat laporan keatas pemilihan parti tersebut yang didakwa ada unsur unsur berat sebelah dimana semua ahli DAP dan rakyat Malaysia dikejutkan dengan kekalahan semua calon dari kalaangan bukan cina.

Apa yang lebih mengejutkan lagi apabila bekas pengarah pemilihan DAP dikatakaan tersalah membuat kiraan undi yang mana seterusnya melihatkan satu satunya orang bukan melayu tetapi Islam memenangi undi dengan kiraan perbezaan sebanyak 800 lebih undian.

Oleh yang demikian juga beberapa orang ahli telah membuat laporan kepada pihak ROS yang mana ianya juga adalah dari saranan Setiausaha Agung DAP yang juga merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga merupakan anak kepada veteran DAP yang masih aktif iaitu Lim Kit Siang.

Dengan kesilapan kiraan undi itu juga telah membuatkan ahli DAP mengalami sedikit kekeliruan yang mana tidak mungkin kesilapan yang begitu banyaak berlaku dalam proses pengiraan undi, jika hanya perbezaan bawah dari 10 undi mungkin boleh diterima tetpi jika sudah mencapai angka ratusan undi, maka sesuatu telah berlaku dalam pemilihan DAP.

Ini juga diambil kira setelah beberapa orang anggota DAP menyatakan rasa tidak puas hati dengan kemenangan majoriti pemimpin dari kalangan orang cina dalam DAP.

Cuba nilaikan sendiri, jika pengiraan dalam parti juga boleh tersilap sedangkan ianya adalah penting, adakah tidak akan ada kesilapan dalam angka angka lain sekiranya mereka ini menjadi pemerintah?

Apa apa pun Sangkakala melihat bahawa DAP adalah parti yang melihat kepada perkauman walaupun parti tersebut menidakkan perkara tersebut sekeras kerasnya, kerana bagi Sangkakala, para perwakilan adalah terdiri daripada Melayu Cina dan India, masakan langsung tidak ada wakil dari kaum India dan Melayu yang memenangi pemilihan tersebut.