Isnin, 15 April 2013

#tolakpakatan APA KENE MENGENA QARDHAWI DENGAN POLITIK MALAYSIA

Berlandaskan kata kata seorang ulama yang tidak mengetahui tentang situasi sebenar apa yang terjadi didalam negara ini, PKR dengan mudah mengambil jalan singkat dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai surat yang diberikan oleh ulama terkenal itu yang dikatakan menyokong Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya pembangkang dapat menakluki pilihanraya umum ke 13 ini.

Satu persoalan disini, adakah Yusof Qardhawi mengetahui apa yang dilakukan oleh Anwar di Malaysia sepanjang beliau bergelumang dalam dunia politik dan adakah Qardhawi akan bersetuju dengan Anwar sekiranya beliau mengetahui apa yang telah dilakukan oleh Anwar sepanjang tempoh berpolitik di dalam negara?

Sangkakala berpendapat, Yusof Qardhawi sudah tentu tidak akan bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Anwar sekiranya beliau (Qardhawi) mengetahui akan perangai dan sikap Anwar yang sebenar.

Dengan kes liwat yang beberapa kali di bongkar oleh mangsa mangsa Anwar, dengan video perlakuan sex beliau sudah pasti akan membuatkan ulama tersohor itu mengalami kejutan yang amat sangat.

Zuraidah Mak Lampir yang mengatakan bahawa PKR mempunyai surat dari Qardhawi dan akan mengedarkan surat tersebut dalam usaha memancing undi rakyat dilihat amat berbangga kerana memiliki serta mengeluarkan kenyataan tersebut.


Seperti yang pernah berlaku semasa bekas Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin pergi melawat ke kedutaan Jepun di Kuala Lumpur dimana beliau (Nizar) telah menunjukkan sekeping kertas yang mana ianya dikatakan adalah surat pengesahan daripada kedutaan dan kerajaan Jepun bahawa mereka (kerajaan Jepun) telah membuat bayaran keatas mangsa buruh landasan keretapi maut yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia.

Tetapi apabila kerajaan Jepun diminta untuk mengesahkan surat tersebut, pihak kedutaan mengatakan bahawa mereka tidak ada atau tidak pernah mengeluarkan apa apa surat kepada mana mana pihak berikutan dengan pembayaran ganti rugi itu.

Ini dengan jelas menunjukkan bahawa pihak pembangkang akan melakukan apa sahaja demi untuk mencapai matlamat mereka dalam usaha mencari undi daripada rakyat walaupun mereka terpaksa berbohong dan memfitnah kerajaan.

Jadi didalam kes surat Yusof Qardhawi ini juga besar kemungkinan, jika surat tersebut diedarkan oleh pihak pembangkang adalah tidak mustahil sekiranya surat tersebut juga adalah palsu sepertimana yang dilakukan oleh Nizar sikit masa dulu.