Biasanya kalau ceramah Pakatan Pembangkang sudah pasti akan dihadiri oleh ramai pengunjung untuk mendengar celoteh pembohongan pemimpin mereka menghentam Barisan Nasional, namun pada pilihanraya kali ini ianya hambar.
Mungkin sudah ramai yang mulai sedar dengan segala kepincangan dalam Pakatan Pembangkang yang selama ini hanya pandai menabur janji janji palsu untuk mengaburi mata para pengundi.
Mereka hanya menjadikan alasan demi alasan untuk menjadi benteng pertahana mereka selama ini dan perkara ini boleh dilihat daripada apa yang terjadi di beberapa buah negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang semenjak PRU12.
Mereka berjanji itu dan ini, memberikan menifesto yang menjadi penawar kepada hati rakyat, tetapi semuanya tidak terlaksana hingga kini.
Ini membuatkan para pengikut mereka berasa amat malu kerana telah bersungguh sungguh berkempen dalam PRU12 yang lalu dan apabila ianya tidak terlaksana, mereka ini ditempelak oleh rakyat serta para pengundi.
Satu kesilapan yang dilakukan oleh rakyat semasa PRU12 ialah dengan memberi kepercayaan penuh kepada pakatan pembaangkang dan kepercayaan itu telah dikhianati oleh pakatan pembangkang dengan menidakkan hak mereka yang menuntut janji.
Negeri negeri dibawah pakatan pembangkang kini amat menyedihkan dimana semasa kepimpinan diterajui oleh Barisan Nasional ianya boleh dikataakan mewah dan penuh dengan pembangunan namun janji penambahbaikan oleh pakatan pembangkang telah mengaburi mata rakyat dan sekaraang kita dapat melihat beberapa negeri mengalami kemerosotan ekonomi walaupun pihak pembangkang cuba untuk menutup segala permasaalahan tersebut dengan menunjukkan prestasi mereka yang sebenarnya adalah palsu.
Seperti negeri Selangor, kerajaan pakatan pembangkang mengatakan bahawa ekonomi negeri tersebut berada ditahap yang tinggi tetapi apa yang sebenarnya terjadi ialah pengurangan aset yang dilakukan oleh kerajaan pakatan pembangkang.
Seperti contoh, pakatan pembangkang mencairkan aset yang ada dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor, siapa pun tidaak tahu dengan penjualan penjualan tanah serta bangunan milik perbadanan tersebut digantikan dengan tunai yang menampakkan bahawa ekonomi negeri tersebut perkembang pesat.
Ibarat kata pepatah 'Korek lubang tutup lubang' itulah yang dilakukan oleh kerajaan di negeri tersebut.
Begitu juga dengan Pulau Pinang dan negeri negeri lain.
Pembangkang akan mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri mengalamai defisit melebihi 500 billion tetapi ianya diambil dari tahun 2009 yang mana ianya dicampurkan kesemuanya sekali tanpa ditolak dari pengurangan setiap tahun.
Ini adalah caara pembangkang untuk menuduh kerajaan Barisan Nasional tidak cekap dalam melaksanakan pemerintahan negara, dan jika dihitung semula daripada mula pakatan pembangkang memerintah di beberapa buah negeri jika tidak ditolak setiap tahun, ianya juga akan mejadi lebihan malah lebih teruk daripada apa yang mereka perkatakan.
Inilah cara pakatan untuk berbohong kepada rakyat dalam usaha mereka untuk menjadi kerajaan.