Mana tidaknya, sebelum ni Pakatan Pembangkang kata akan calonkan Dr Juanda sebagai calon bagi bertanding untuk melawan ulama dalam UMNO namun ianya tidak dilaksanakan.
Rupa rupanya selama ini Dr Juanda adalah pengundi Barisan Nasional dan beliau juga berkata bahawa hanya UMNO yang mampu untuk mempertahankan gama Islam dan orang Melayu di dalam negara ini.
Ada bantahan tak dari pada pengikut Pakatan Pembangkang bila dengar kenyataan Juanda ni? mesti semua tarik muka masam bila dengar macam tu kan? Tapi apa nak buat, memang para ulama di negara ini berpandangan sebegitu, cuma yang bukan ulama tetaapi digelar Ustaz sahaja yang mengatakan bahawa perjuangan PAS itu adalah benar.
Yang sebenarnya perjuangan PAS kini tidak lebih dari mengangkat parti untuk menjadi pemerintah dan ianya juga berbentuk kepentingan dalam diri seseorang pemimpin PAS kerana mereka kini hanya memandang jawatan tetapi bukan perjuangan.
Perjuangan PAS kini sudah banyak terpesong jauh dari perjuangan asal mereka dan mereka (PAS) kini dilihat sudah mampu ditipu oleh PKR dan DAP hanya kerana hati mereka sudah buta dengan jawatan yang ditawarkan.
Seperti mana yang dilakukan oleh PAS kini, mereka sudah mula meletakkan calon calon bukan dari kalangan orang Islam untuk menjadi calon mewakili parti itu dalam pilihanraya akan datang.
Adakah PAS begitu terdesak atau sudah kehilangan bakat kepimpinan Melayu Islam dikawasan kawasan tersebut?
Memang benar pengikut mereka akan mengatakan bahawa PAS mahu menjadikan mereka ini sebagai orang bukan Islam yang mengikut cara serta peradaban Islam, tetapi persoalannya adakaah mereka benar benar ikhlas dalam mendalami pengetahuan tentang islam tersebut.
Dari apa yang Sangkakala lihat, mereka yang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS yang sebenarnya cuba menangguk di air keruh dan mereka ini hanya mengambil kesempatan daripada ketaksuban pemimpin PAS untuk memperolehi kuasa.
Selama ini tidak ada dikalangan bukan Islam yang mahu menyertai PAS malah mereka menolak PAS kerana PAS dilabel sebagai parti Islam, tetapi kini semua itu tidak lagi dipedulikan kerana mereka nampak sudah adaa peluang untuk menjadi wakil kepada parti itu di kawasan yang dipertandingkan.
Persoalan lain ialah, kenapa mereka ini (DHPP) tidak menyertai PKR atau DAP? Kenapa perlu PAS? Bukankah kedua dua parti tersebut juga adalah termasuk dalam pakatan bersama PAS? Dan bukankah PKR serta DAP itu tidak menjadikan Islam sebagai dasar perjuangan mereka?
Sangkakala juga melihat mereka ini mungkin dihantar oleh DAP dan PKR sepertimana yang dikatakan oleh Dr Hasan Ali bahawa ada tangan hitam menjadi pemusnah kepada perjuangan PAS.
Ini semua tidak mustahil kerana DAP dan PKR cuba untuk menguasai undi yang ada dalam parti PAS dan satu satunya cara untuk menjadikan perkaraa itu sebagai relaiti ialah dengan meletakkan orang mereka sendiri di dalam PAS dan tidak mustahil nanti PAS akan menjadi serba salah untuk keluar dari pakatan pembangkang kerana sudah ada ahli mereka yang menjadi calon.