Sabtu, 13 April 2013

#tolakpakatan BLOGGER PR BELAJAR DI ISRAEL

Agak memeranjatkan juga bila ada blogger pro pembangkang yang berani mengaku bahawa mereka belajar di negara Israel tentang teknik dan tektik yang digunakan untuk perang psikologi.

Bukan Sangkakala nak berbohong tapi Sangkakala telah dihantar oleh seorang rakan satu pautan yang mana mengatakan bahawa Video Mustafa Ali Setiausaha Agung PAS sekarang mantan (bermula semalam) adalah palsu dan ianya di edit dengan menggunakan software yang amat canggih bagi membuat satu video sebegitu.

Menurut penulis di Laman sesawang itu juga blogger proBN kini mula menyerang Timbalan Mursyidul AM PAS yang mana ada blogger proBN mengeluarkan kenyataan dalam blog mereka yang berbunyi Harun Din Tinggalkan PAS.

Itu bagi Sangkakala takde apa apa masalah tapi yang menghairankan ialah ayat didalam laman tersebut yang berbunyi

'mereka mungkin belajar di universiti amerika dan dari UNIT MEDIA BARU UMNO
mengenai perang psikologi, tetapi mereka tidak belajar di universiti tel aviv yang mana
secara teori dan teknikalnya adalah seperti berikut'

Perkataan yang berbunyi "tetapi mereka tidak belajar di Tel Aviv" itu yang membuatkan Sangkakala ada sedikit musykil, adakah mereka (blogger PR) belajar sampai ke universiti Tel Aviv untuk perang psikologi?

 Kalau kurang jelas tulisan kat dalam gambar tu sila klik gambar dan baca, ada ke takde apa yang Sangkakala katakan.

Kita biasa mendengar bahawa Anwar Ibrahim adalah ejen kepada Israel, adakah Anwar menghantar tentera maya beliau ke Israel untuk belajar tentang ilmu perang psikologi seperti mana yang di dakwa oleh penulis laman web tersebut?

Kalau tidak takkan penulis laman web tersebut tau tentang perang psikologi yang diajar di Israel dan mengatakan bahawa blogger proBN tidak mempelajari semua itu di Amerika dan Unit Media Baru UMNO?

Kebarangkalian adalah amat tinggi kalau diikutkan daripada apa yang ditulis oleh penulis tersebut, jadi hati hati, kemungkinan bukan sahaja Cybertrooper dihantar ke sana (Israel) malah mungkin juga jentera yang lain telah dihantar untuk melakukan sesuatu nanti.