Ahad, 14 April 2013

#GE13 PEMIMPIN PEMBANGKANG SILIH BERTUKAR @ZambryAbdKadir @Muaamarghadafi

Kalau ditengokkan dari situasi pakatan pembangkang, wakil rakyat mereka ini sentiasa akan bertukar dan beralih tempat, tidak menjadi satu kesalahan jika dikatakan pemimpin sili berganti, tetapi bukanlah berganti tempat, cuma yang perlu diganti ialah calon itu sendiri.





Seperti yang kerap kita lihat wakil rakyat pakatan pembngkang tidak akan kekal di satu satu tempat, dan mereka ini akan berpindah randah setiap kali pilihanraya diadakan, adakah itu trend atau mereka ini memang bermasalah?

Hari ini Khalid Ibrahim dalam laman twitternya mengatakan bahawa beliau akan bertanding di DUN pelabuhan Kelang, beliau akan meninggalkan DUN Ijok, kenapa jadi begitu? Apa pula masalah yang dah dilakukan oleh Khalid di Ijok?

Begitu juga di Perak yang mana kita melihat bahawa wakil rakyat akan bertukar tempat dan salah satunya ialah, di DUN Titi Serong yang mana YB Idham Lim telah bertukar ke parlimen Kuala Kangsar.

Tapi dalam kes ini ada keunikannya sendiri, yang mana YB Idham Lim pernah mengimpikan sebuah projek bangunan yang dinamakan Kompleks Pendidikan Darul Anwar yang berbentuk bangunan ala ala binaan bangunan cina.

Dalam kes ini, YB Idham Lim telah mewakafkan tanah untuk pembinaan tersebut kepada orang ramai yang mahu menderma bagi tujuan pembinaan, tetapi ada satu pula masalahnya disini.

YB Idham Lim telah membuka sebuah Badan Bukan Kerajaan atau NGO yang dinamakan Idham Care dan ada nama lain iaitu Idham Lim Care dan NGO ini dikatakan yang menjadi pengelola untuk segala kutipan wakaf tersebut.

Sangkakala pernah beberapa kali mengeluarkaan artikel berkenaan dengan projek YB Idham ni dan beliau juga pernah menjawab segala pertanyaan dalam artikel Sangkakala itu melalui akhbar Sinar Harian edisi Perak.

Apa yang menjadi kemusykilan ialah, Idham berkata bahawa Idham Care memang tidak memasukkan lagi permohonan untuk pembinaan bangunan tersebut kepada mana mana Pihak Berkuasa Tempatan ekoran belum lagi selesai untuk proses pengambil alihan tanah yang mana tanah tersebut adalah milik beberapaa orang penama.

Jadi disini beliau juga ada menjawab bahawa kutipan wang wakaf tersebut berjumlah sekitar lebih kurang 200 ribu ringgit dan ianya masih belum mencukupi.

Baik, kita berbalik kepada perpindahan ke kawasan lain tadi, kenapa YB Idham Lim tidak mengekalkan kerusi DUN Titi Serong sebagai tempat untuk beliau bertanding dan kini ianya digantikan pula dengan Ustaz Abu Bakar Husein yang merupakan pesuruhjaya PAS negeri Perak.

Adakah beliau dilarikan atau dilencongkan oleh kepimpinan PAS yang melihat bahawa projek pembangunan yang telah dijalankan Majlis pecah tanah ini tidak akan tercapai maksudnya?

Sepatutnya, YB Idham Lim mengeluarkan suara untuk kekal bertanding di DUN Titi Serong demi untuk menjayakan projek tersebut dan bukannya berpindah ke kawasan lain seterusnya melupakan impian dan harapan beliau (kalau benar) untuk melihat bangunan tersebut tegak berdiri.

Ini menjadi persoalan demi persoalan yang bermain di minda setiap pengundi dan rakyat di Titi Serong termasuk jugalah mereka yang pernah menderma untuk pembinaan tersebut.

Jadi bagi Sangkakala, perpindahan wakil rakyat pakatan pembangkang ini adalah semata mata untuk mengelak semua masalah yang pernah dilakukan oleh mereka di kawasan kawasan yang pernah ditandingi oleh mereka.

Sekiranya pengundi masih memilih mereka ini, maka tidak akan ada penyelesaian untuk setiap permasaalahan yang berlaku kerana mereka akan sentiasa bertukar kawasan dan apa yang pastinya, mereka ini bertukar kawasan untuk melarikan diri dari permasaalahan.