Menteri Besar sementara negeri Selangor, Khalid Ibrahim memang suka mempersendakan orang ramai atau rakyat negeri itu, cuba baca apa yang beliau tuliskan dalam laman twitter milik beliau.
Bukankah masalah air itu adalah satu beban terhadap rakyat Selangor? Tapi Khalid seolah olah dengan sengaja menyindir rakyat negeri itu yang masih dilanda dengan krisis bekalan air.
Patutkah seorang Menteri Besar membuat sinidiran begitu kepada rakyat? Sedangkan kita semua tahu bahawa masalah air yang melanda Selangor semakin serius dan perlu diambil perhatian sewajarnya.
Sikap Khalid juga dilihat tidak menghormati rakyat Selangor yang didalam keperitan kerana tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi.
Kalau pun ianya dikatakan bergurau, namun gurauan seperti itu tidak seharusnya dilakukan oleh Khalid sekiranya beliau benar benar prihatin dengan permasaalahan rakyat.
Bukan semua perkara boleh dijadikan bahan gurauan kerana ada sesetengah perkara perlu ditangani dengan serius dan berhemah.
Khalid serta parti yang diwakili oleh beliau bersama sama parti lain (PAS/DAP) sememangnya tidak layak untuk memerintah, baik negeri mahupun negara, jadi kita sebagai rakyat harus menolak kehadiran mereka ini di kawasan kita demi untuk menjamin kesejahteraan dan pembangunan yang berterusan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tiada ulasan:
Catat Ulasan