Isnin, 15 April 2013

#tolakpakatan TUAN BESAR DALAM PAKATAN PEMBANGKANG

Pasti semua orang kenal sangat dengan pengerusi DAP kebangsaan ini, Karpal Singh satu nama yang tidak asing lagi dalam politik tanah air dan orang yang pernah mengatakan bahawa sekiranya PAS mahu melaksanakan negara Islam, maka PAS perlu melangkah mayat beliau terlebih dahulu.

Karpal Singh satu masa dulu pernah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat dan beliau pernah juga mengataakan bahawa beliau akaan menyebarkan perkara tersebut.

Tetapi apa yang terjadi setelah mantan Perdana Menteri pada masa itu Tun Dr Mahathir memecat Anwar daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri dan didakwa atas kesalahan menyalahgunakan kuasa?

Si Karpal ini telah bertindak menjadi peguam bela kepadaa Anwar dan kini beliau mengangkat Anwar sebagai seorang ketua iaitu ketua pembangkang di dalaam parlimen yang mana sebelum ini disandang oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Apa makna semua ini? Adakah ada sesuatu yang tersenbunyi didalam sikap baik yang ditunjukkan oleh pengerusi DAP ini kepada Anwar Ibrahim dan PKR?

Daripada begitu lantang mengatakan bahawa beliau mempunyai bukti untuk mengheret  Anwar Ibrahim ke muka pengadilan, kini beliau menjadi ketua pembela kepada Anwar?

Sudah pasti DAP terutamanya kepimpinan dalam DAP mempunyai agenda yang tersendiri dan tidak mustahil sekiranya pakatan pembangkang memenangi pilihanraya ke 13, maka tidak lama selepas itu, Anwar akan didakwa untuk kesekalian kalinya tetapi kali ini oleh rakan beliau sendiri iaitu DAP.

Kita perlu melihat akan situasi ini dimana, jika perkara ini terjadi, Anwar telah mengatakan bahawa Timbalan Perdana Menteri 1 akan disandang oleh Lim Kit Siang dan jika Anwar disumbat ke dalam penjara oleh DAP, maka Lim Kit Siang akan  memangku jawatan Perdana Menteri dan pada masa itu beliau boleh mengubah segala perlembagaan negara kerana mereka mempunyai kuasa undian majoriti dalam dewan rakyat.

Adakah ini yang kita semua mahukan? Apa akan jadi dengan nasib bangsa melayu nanti jika perlembagaan ditukar atau dipinda oleh mereka?

Keputusan ditangan kita sebenarnya, jadi pilihlah dengan sebaik mungkin, jangan diikutkan kemarahan atau kekecewaan yang melanda, fikirkaan sama masa depan generasi akan datang.