Sabtu, 13 April 2013

#GE13 PAS KETANDUSAN CALON

Nampak sangat PAS sekarang dah takde calon Melayu Islam untuk diketengahkan, mana tidaknya sekarang dah ada calon yang bukan dikalangan orang Melayu Islam sebagai calon untuk mewakili kawasan.

Sebagai contoh, Ketua Kongres Penyokong PAS (PSC), Hu Pang Chow hari ini diumumkan sebagai calon PAS bagi kerusi Ayer Hitam - dan merupakan orang bukan Islam yang pertama pernah calon bertanding di bawah tiket parti Islam itu.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat di Johor Bahru pagi ini.

Apa maknannya semua ni? Takde ke wakil dari orang Melayu yang layak di kawasan Ayer Hitam? Atau orang Melayu Islam kawasan Ayer Hitam memang tidak ada yang berkebolehan untuk menjadi wakil rakyat?

Hu yang dijangka berdepan dengan Ketua Pemuda MCA, Datuk
Wee Ka Siong, adalah antara lapan calon PAS yang akan bertanding kerusi Parlimen di Johor.

Pada tahun 2008, PAS meletakkan calon bukan Islam Kumutha Rahman yang juga dari Kelab Penyokong PAS  tetapi di bawah tiket PKR.

Disitu jelas kita lihat, memang tidak ada yang layak untuk menjadi wakil kepada PAS hinggakan PAS terpaksa menggunakan lambang parti lain untuk memastikan calon mereka menang tetapi jelas juga terbukti bahawa pengundi di Ayer Hitam bukanlah bodoh sebagaimana yang disangka oleh PAS.

PAS telah meminda perlembagaan parti itu  untuk menaikkan taraf kelab penyokong kepada sayap parti, sekaligus membolehkan ahli bukan Islam bertanding secara langsung di bawah tiket PAS kerana apa? Kerana PAS kini sudah kemaruk dengan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi untuk memastikan kemenangan mereka.

Pengumuman PAS pagi ini juga mengesahkan bahawa Naib Presiden, Salahuddin Ayub akan bertanding kerusi Parlimen Pulai dan kerusi DUN Nusajaya.
 
Beliau dispekulasikan bakal menjadi menteri besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya merampas Johor, yang merupakan kubu Umno sejak merdeka.

Nusajaya adalah kawasan DUN dalam parlimen Gelang Patah yang akan ditandingi veteran DAP Lim Kit Siang.

BN memenangi 25 daripada 26 kerusi Parlimen dan 50 daripada 56 kerusi negeri di Johor pada tahun 2008.

Ketua Penerangan PAS Johor, Suhaizan Kaiat akan bertanding kerusi Simpang Renggam bersama Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz (Pagoh), Khairuddin Abdul Rahim (Parit Sulong), Roslan Nikmat (Mersing) dan Onn Jaafar (Kota Tinggi).

PAS mendapat bahagian yang besar untuk kerusi DUN di kalangan parti komponen Pakatan dengan memperolehi 30 calon daripada 56 kerusi.

Calon lain PAS bagi kerusi DUN ialah Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfodz Mohamed (kanan) (Gambir); Ketua Persatuan Anak-anak Peneroka Felda (ANAK), Mazlan Aliman (Bukit Permai) dan wakil NGO Pengerang, Anis Afida Mohd Azli (Penawar).

Kumutha akan kembali sebagai calon DUN Tiram, manakala calon PAS bagi pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman bertanding di kerusi Pemanis.

Suhaizan juga akan dicalonkan untuk kerusi DUN Kempas.

Berikut adalah senarai calonPAS di Johor.

PARLIMEN
Pagoh             : Mohd Rozali Jamil Al-Hafiz Parit Sulong    : Khairuddin Abdul Rahim
Ayer Hitam      : Hu Pang Chaw
Simpang Renggam : Suhaizan Kaiat
Mersing           : Roslan Nikmat
Tenggara         : Muhamad Said Jonit
Kota Tinggi      : Onn Jaafar
Pulai                : Salahuddin Ayub
   
   
BAGI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULA   
Buloh Kasap    : Firdaus Masod
Pemanis          : Normala Sudirman
Tenang            : Mohd Zin Johar
Jorak               : Norhayati Bachok
Gambir            : Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Serom             : Azmi Ahmad
Sungai Abong   : Dr Sheikh Ibrahim Salleh
Maharani         : Dr Mohammad Taslim
Sungai Balang  : Malik Mohamad Diah
Sri Medan      : Ahmad Rosdi Bahari
Semarang       : Ilyas Abu Bakar
Parit Yaani    : Aminolhuda Hassan
Parit Raja     : Noor Khalim Sakib
Senggarang : Dr Mohd Ramli Md Kari
Rengit          : Ahmad Kailani Kosnin
Machap        : Mohd Khalid Salekan
Mahkota      : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Endau          : Mohd Azam Abdul Razak
Pasir Raja    : Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar
Johor Lama  : Kamaldin Tahir
Penawar      : Anis Afida Mohd Azli
Tiram            : Kumutha a/p Raman
Puteri Wangsa  : Abdullah Husin
Permas          : Syed Othman Abdullah
Kempas         : Suhaizan Kaiat
Nusajaya       : Salahuddin Ayub
Bukit Permai  : Mazlan Aliman
Benut            : Raden Sorobo Ponoh
Pulai Sebatang : Ungku Mohd Nor Ungku Mahmood
Kukup               : Ghazaley Ayiub
Dengan pelbagai permasaalahan yang berlaku kini, yang terbaru berkenaan dengan video sex Setiausaha Agung PAS, adakah kita mahu atau masih berkeyakinan dengan parti yang menjadikan Islam sebagai penutup bayang syaitan mereka?
Sedar sedarlah.