Isnin, 15 April 2013

#tolakpakatan UMNO SAMAN HARAKAH

Kalau dulu kita hanya mendengar bahawa pihak pembangkang akan menyaman pihak kerajaan tidak kira sama ada melalui media cetak atau media elektronik mahupun media alternatif. Sebagai contoh, pihak akhbar Utusan Malaysia beberapa kali disaman oleh pembangkang kerana dikatakan menfitnah walaupun kadang kadang ianya adalah keranna kesilapan teknikal.

Namun begitu, pihak kerajaan amat sukar untuk mengemukakan saman terhadap pembangkang yang acap kali memfitnah bahawa segala yang berlaku terhadap parti pembangkang semuanya dikaitkan dengan konspirasi UMNO serta Barisan Nasional.

Termasuklah dengan video video lucah yang dikatakan mirip kepada pemimpin pembangkang, mereka tetap akan mengatakan bahawa ini adalah konspirasi UMNO dan Barisan Nasional dan ini amat kerap berlaku.

Tapi kali ini kita dapat melihat bahawa satu senario lain telah berlaku dimana UMNO dan Barisan Nasional sudah mula mengambil langkah drastik mempertahankan diri dari terus difitnah serta dikaitkan dengan segala kepincangan pihak lawan.

Sebagai contoh, UMNO pada hari ini telah mengemukakan saman terhadap akhbar HarakahDaily yang mana UMNO telah memfailkan tuntutan maaf daripada Harakah kerana memfitnah UMNO dalam kes video yang dikatakan mirip kepada setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Ikuti laporan lanjut tentang saman permohonan maaf tersebut DISINI