Itu ayat penyudah yang perlu diberikan kepada pihak yang cuba untuk menghuru harakan pilihanraya pada kali ini, dan itu mungkin juga berbunyi seperti satu ugutan, namun ayat tersebut perlu diberikan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab dalam insiden letupan di bilik gerakan di kawasan Nibong Tebal semalam.
Gambra diatas menunjukkan kaki seorang pemuda Barisan Nasional yang cedera selepas terkena serpihan bahan letupan yang berlaku semalam.
Nampak gayanya sudah ada pihak yang cuba untuk bermain secara kasar dan perkara ini sememangnya dianggap kurang ajar dan melampaui batas.
Ini bukan peradaban masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan hidup dalam aman harmoni, dengan melakukan perkara keji sebegini jelas juga menunjukkan bahawa ada pihak yang sudah mula berani memainkan cara keganasan.
Sangkakala mengutuk apa yang dilakukan oleh mereka yaang tidak bertanggungjawab ini kerana ianya dilihat seperti perbuatan masyarakat yang tidak bertamadun.
Diharap agar pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci kejadian ini dan orang yang bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.