Isnin, 15 April 2013

#tolakpakatan #GE13 KALAU KALAH BOLEH MAIN GOLF - KHALID IBRAHIM

Sungguh senang apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor ni, kalau kalah boleh main golf, atau mungkin juga Khalid sudah mengetahui nasib yang bakal menimpa beliau apabila bertanding di kawasan Pelabuhan Kelang yang mana beliau sendiri mendakwa bahawa kawasan tersebut adalah sukar untuk dimenangi.

Kalhid tidak mengekalkan kerusi DUN Ijok mungkin atas sebab merasakan disitu juga beliau akan menerima kekalahan yang mana para pengundi di kawasan Ijok merungut bahawa Khalid tidak turun ke kawasan untuk menyelesaikan masalah para pengundi dan penduduk setempat.

Khalid sudah pasti akan menerima pengajaran kali ini dengan kesilapan yang dilakukan oleh beliau selama ini.


Banyak janji janji Khalid bukan sahaja untuk para pengundi di Ijok malah kepada rakyat selangor juga tidak ditunaikan oleh Menteri Besar Selangor tersebut.

Ini telah membuatkan rakyat Selangor bangun dan memberontak dengan mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri yang dikatakan gagal untuk melaksanakan janji janji dalam bentuk menifesto kerajaan pakatan rakyat di negeri tersebut.

Antara yang pernah mengeluarkan saman terhadap Khalid dan kerajaan Selangor ialah persatuan ibu tunggal yang mana Khalid didalam menifesto kerajaan sebelum pilihanraya ada mengatakan bahawa mereka akan memberikan elaun sara hidup untuk golongan itu namun ianya tidak dilunaskan.

Apa yang lebih menarik ialah, Khalid dengan beraninya menanyakan kepada persatuan ibu tunggal untuk membuktikan bahawa ahli persatuan mereka mengundi pakatan rakyat dalam pilihanraya ke 12 yang lalu.

Dan seperkara lagi, Khalid juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa menifesto kerajaan bukanlah satu janji dan ianya tidak semestinya dilaksanakan.

Jelas disini kita melihat bahawa kerajaan pakatan rakyat tidak mampu untuk melaksanakan janji janji mereka malah beberapa perkara juga tidak dapat diselesaikan oleh pakatan rakyat, seperti contoh isu bekalan air yang mana mereka dengan lantang mengatakan bahawa sekiranya kerajaan negeri diberi kuasa untuk mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor atau SYABAS maka perkara itu akan dapat diselesaikan.

Namun mungkin Khalid tidak nampak dimana kerajaan negeri mempunyai ekuiti saham dalam SYABAS yang boleh dikatakan agak tinggi dan ianya langsung tidak menampakkan bahawa kerajaan negeri Selangor mahu menyelesaikan perkara atau isu tersebut.

Begitu juga dengan pemberian air percuma sebanyak 20 meter padu bagi setiap rumah sebulan, hanya rumah rumah yang mempunyai meter persendirian sahaja yang layak untuk menerima bantuan ini sedangkan bagi mereka yang menggunakan meter pukal tidak layak dan tidak pernah menerima apa apa bantuan walaupun satu meter padu air.

Disini jiga kita melihat bahawa kerajaan Selangor gagal untuk mengurus tadbir negeri tersebut dengan sempurna berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.