Ahad, 14 April 2013

#GE13 BERSIH ADA NIAT CETUS HURU HARA PRU

Jawatankuasa pemandu BERSIH menolak gesaan bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim supaya menandatangani ikrar untuk memastikan pilihan raya akan datang berlangsung dengan aman.

Mereka mengatakan bahwa mereka memang mahukan pilihanraya yang aman, tapi benarkah begitu? Apa yang berlaku semasa himpunan BERSIH selama ini? Bukankah penuh dengan kekacauan dan keganasan?

Mari kita sorot kembali kejadian semasa himpunan BERSIH di Kuala Lumpur dengan cara klik gambar dibawah.

klik gambar untuk video
Apakah itu maksud aman yang diakatakan oleh Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH? Dimana keamanan kalau perkara sebegitu terjadi? Patutkah perkara tersebut berlaku sekiranya benar Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH mahukan keamanan.

Dengan keengganan mereka (BERSIH) menandatangani ikrar untuk memastikan bahawa pilihanraya akan berjalan dengan aman jelas menunjukkan bahawa mereka seolah olah mempunyai agenda yaang mana sepertikata Hishamudin Rais, sekiranya pilihanraya kali ini pakatan pembangkang kalah, maka mereka akan turun ke jalan raya untuk membuat demonstrasi yang mana ianya sudah pasti aakan menjadi satu kekacauan.

Saranan yang diberikan oleh Bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim, mungkin ada asasnya untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa atau selepas pilihanraya sedang dijalankan.

Ada kemungkinan juga beliau sudah tahu apaa yang dirancangkan oleh Jawatan Kuasa Pemandu BERSIH hingga membuatkan beliau memberikan cadangan agar NGO tersebut menandatangani ikrar, tetapi apabila mereka enggan untuk berbuat begitu, Sangkakala merasakaan seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Sangkakala dapat merasakan bahawa memang ada unsur unsur untuk melakukan keganasan oleh mereka ini dalam tempoh pilihanraya berlangsung.

Apa apa pun kita minta supaya pihak berkuasa bersiap sedia bagi menangani segala kemungkinan yang dilakukaan oleh pihak pakatan pembangkang kerana kita sudah pun menerima pengalaman dari apa yang mereka lakukan sebelum ini.