Isnin, 15 April 2013
#tolakpakatan #GE13 LAKONAN GUAN ENG AMAT MENDALAM
Jelas kita lihat bahawa Lim Guan Eng yang menjadi ayam tambatan kepada PAP di Singapura demi merealisasikan cita cita mereka untuk mewujudkan Malaysian Malaysia di nagara ini.
Guan Eng begitu pandai memainkan peranan dimana akan melakukan apa sahaja untuk menraih undi demi mencapai segala niat mereka.
Adakah nanti disatu masa nanti kita akan melihat anak bangsa kita seolah olah merempat di tanah air sendiri?
Dengan lakonan selama ini yang dilakukan oleh DAP untuk mengaburi mata orang orang melayu, mereka kini menggunakan pula kaedah berkerjasama dengan orang orang melayu demi untuk mendapatkan undi.
DAP sememangnya mempunyai agenda dalam mencapai cita cita untuk menjadi kerajaan dan apabila niat ini tercapai, maka satu persatu perkara yang tidak terjangkau oleh akal kita akan dilakukan oleh mereka.
Walaupun mereka tidak mengakuinya buat masa ini, namun segala apa yang dinafikan itu pasti akan berlaku, sebagai contoh, mereka akan mengubah perlembagaan dimana hak keistimewaan orang melayu akan dihapuskan, sistem Raja berperlembagaan juga akan dihapuskan dan diganti dengan sistem presiden.
Ini adalah agenda DAP yang sebenarnya dan dengan kerana itu jugalah mereka giat menjalinkan kerjasama dengan orang melayu PAS dan PKR dimana mereka kini cuba memecahkan undi majoriti melayu di dalam negara.
Inilah apa yang sedang dilakukan oleh DAP, jadi perlukah kita menggadai masa depan negara dan mencaturkannya sedangkan kita sendiri sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku.
Sedarlah, jika kita terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PKR maka sebenarnya kita memberikan kepercayaan dan kemenangan kepada DAP.