Jumaat, 5 April 2013

PAKATAN PEMBANGKANG PARLIMEN BATU HANCUR

Dengan kekuatan hampir 1500 orang jentera pemuda yang dizahirkan pada malam ini, sudah pasti kubu kuat pakatan pembangkang di kawasan Batu wilayah persekutuan Kuala Lumpur akan lemah dan boleh dikuburkan dalam PRU kali ini.

YB Tian Chua pasti terkejut dengan kehadiran ribuan anak muda yang menyertai Program Perlancaran Gerak Gempur Pemuda BN P115 Parlimen Batu yang dirasmikan oleh ketua pemuda Wilayah Persekutuan, Datuk Rizalman Mokhtar pada malam ini.

Tian Chua akan dihapuskan dalam senarai nama politik kawasan Batu.

Selama ini pemuda UMNO dan Barisan Nasional kurang mendapat sambutan apabila pembangkang menggula gulakan mereka dengan pelbagai janji manis namun setelah menyedari itu hanya retorik pembangkang yang mahu memenangi pilihanraya, maka anak anak muda ini bangkit untuk menjatuhkan beliau.

Tian Chua yang selama ini begitu celupar mengatakan tentang kematian anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu sebagai mati katak, akan menerima nasib malang pada PRU kali ini, Tian Chua akan dikalahkan dengan gelombang biru parlimen Batu yang sudah bersiap siaga menanti nama beliau di calonkan di kawasan parlimen tersebut.

Lepas ni kita boleh tengok Tian Chua bercakap tak pandang hadapan tetapi hanya memandang bumi kerana setiap kali mata beliau bertentangan dengan mata anak anak muda, sudah pasti beliau akan dapat melihat api kemarahan rakyat kepada beliau.

Majoriti pengundi di kawasan Batu adalah di kalangan pasukan askar dan mereka yang pernah menjadi pasukan tersebut kini berasa amat marah apabila perjuangan pasukan keselamatan dipermain mainkan oleh Tian Chua.

Di sini Sangkakala nak ucapkan selamat jalan kepada YB Tian Chua, dan lain kali nama YB takkan ada lagi dalam senarai ahli politik tanah air.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: