Jumaat, 5 April 2013

GEBANG BLOG P/JAYA PAS NEGERI PERAK

Sangkakala saja buka blog rasmi Pesuruhjaya PAS negeri Perak, tiba tina Sangkakala ternampak satu artikel yang diterbitkan pada 21/2/2012 yang bertajuk 'PAS TAMBUN TURUN SEAWAL JAM5 PAGI BANTU MANGSA BANJIR'.

Sangkakala perhatikan dan baca betul betul, nampak gayanya ada unsur unsur pembohongan dalam artikel dan gambar yang disiarkan.
Itu gambar yang Sangkakala ambil daripada blog rasmi Pesuruhjaya PAS yang dikatakan akan bertanding untuk menggantikan YB Idham Lim yang kini melarikan diri ke Kuala kangsar, dengar kata nak bertanding di Parlimen kawasan tersebut pulak.

Balik pada gambar diatas, tajuknya pembaca dan baca kan? Seawal jam 5 pagi, tapi cerah macam 10 pagi, Sangkakala pun biasa juga amik gambar bencana dan program, tapi takdelah secerah itu kalau jam 5 pagi, takkkan flash kamera depa ni kuat sangat macam spot light kot.

Ini pun dah tunjuk yang blog Pesuruhjaya PAS ni membohong, kalau pengikut totok PAS mungkin le percaya dengan apa yang tertulis sebab dah terminum air kaki ustaz Bakar agaknya sampai waktu matahari naik pun dah tak tau.

Bagi Sangkakala, laman blog ini adalah lidah kepada pemiliknya, dan kalau dah blog pun membohong, pemiliknya macam amana pulak kan? Sama je la kot.

Kita patah balik pada penggantian ustaz Bakar di kawasan DUN Titi Serong untuk mengambil alih tempat YB Idham Lim yang gagal dengan projek pembinaan bangunan ala ala zaman kuno cina gitu yang dinamakan kompleks pendidikan Darul Anwar.

Kenapa nak gantikan Idham? Tak boleh kekalkan beliau di Titi Serong ke? Kenapa ustaz Bakar taknak bertanding di Kuala Kangsar?

Jawapannya ialah, jika Idham bertanding di Titi Serong sudah pasti terlingkup terbalik kuang dengan projek pembohongan yang dilakukan oleh beliau, bukan itu sahaja, malah duit sumbangan wakaf kompleks tu juga silap hari bulan di korek semula oleh orang yang pernah memberi sumbangan.

Jadi untuk mengelak kekalahan maka ustaz bakar selaku orang nombor satu dalam negeri Perak akan bertanding mengambil alih tempat Idham, dan apa yang menariknya Sangkakala dengan para pengundi memang menunggu kehadiran ustaz Bakar untuk melenyapkan PAS dari bumi Perak, Almaklumlah kalau panglima perang PAS sendiri kecundang, maka satu begeri tidak berguna lagi.

Itu maklumat yang Sangkakala dapat dari akar umbi bukan sahaja pengundi atas pagar, malah pengikut PAS sendiri sudah mula muak dengan perangai pemimpin PAS tidak kira di peringkat negeri mahupun peringkat Pusat.

Jadi Ustaz Bakart dan Yb Mujahid perlu bersedia menerima tamparan maut dari pengundi kawasan Titi Serong dan Parlimen Parit Buntar termasuk juga dengan YB Yunus di Kuala Kurau, pengundi Parit Buntar sudah bersedia dengan penuh keyakinan untuk membenamkan ketiga tiga calon pembangkang ini.