Jumaat, 5 April 2013

ALAHAI MUJAHID YUSOF RAWA SELEPAS BEBERAPA TAHUN

Selepas beberapa tahun menjadi ahli parlimen di kawasan Parit Buntar, baru kini dapat melihat YB PAS ini bersama sama dengan nelayan dan turun kelaut demi menacri serta meraih undi nelayan.

Dengan mengatakan bahawa beliau ada membawa permasaalahan nelayan di Sungai Bagan Tiang ke Parlimen, jelas menunjukkan bahawa Mujahid seorang wakil rakyat retorik semata mata.

Mungkin dengan mengaburi mata penduduk kampung yang tidak tahu tentang kejadian didalam Dewan Rakyat beliau boleh mengatakan apa sahaja dan membawa apa sahaja ke dalam dewan.

Untuk maklumat YB, UMNO dan Barisan Nasional telah memperuntukkan jutaan ringgit kepada nelayan di sekitar kawasan DUN Titi Serong dan juga Kuala Kurau dan YB jangan lah pula cuba untuk menangguk di air keruh dengan mengatakan bahawa peruntukan tersebut adalah dari daya usaha YB di dalam dewan.

Begitu juga dengan Ustaz Abu Bakar Husin, baru kini datang semata mata untuk menjadi calon di DUN Titi Serong menggantikan YB Idham Lim yang dipindahkan setelah mempunyai masalah dengan pembinaan Kompleks Pendidikan beliau di Titi Serong.

Ini semua retorik PAS dalam meraih undi semata mata, tidak ada agenda dalam membantu rakyat disekitar kawasan tersebut.

Rakan Sangkakala pernah berhujah didalam laman facebook bersama YB Mujahid dan apa bila beliau bertanyakan tentang dimana rumah kediaman YB di Parit Buntar, beliau terkedu dan terus meminta sahabat Sangkakala supaya mengubah minda beliau.

Takkan dengan begitu mudah YB Mujahid meminta minda diubah sekiranya jawapan tidak diterima, bukan susah sangat untuk memberikan jawapan, hanya dengan menyatakan dimana rumah kediaman agar senang penduduk yang ditimpa kesusahan untuk pergi sekiranya dilanda masalah, atau YB memang tidak memiliki rumah di Parit Buntar sebenarnya.

Apa yang Sangkakala lihat melalui gambar diatas ialah, YB Mujahid cuba menggula gulakan para nelayan di kawasan tersebut dengan mengikut mereka kelaut kononnya untuk mengetahui permasaalahan rakyat.

Untuk makluman YB juga, tidak ada nelayan yang tinggal ditengah lautan, mereka semua tinggal di daratan tetapi mencari rezeki dilautan, jadi kalau YB kata nak mencari serta menyelesaikan masalah nekayan dengan cara mengikuti mereka ke laut itu adalah perkara pelik bagi Sangkakala.

Kerana masalah mereka yang Sangkakala dapat kesan ialah kediaman serta peralatan menangkap ikan, tetapi itu semua telah dapat diselesaikan oleh pihak kerajaan melalui pejabat perikanan dan persatuan nelayan daerah Kerian.

Jadi YB janganlah retorik sangat, kalau nak buat wayang tu cari cari lah tempat lain kerana nelayan di kawasan Parit Buntar tidak lagi akan termakan dengan apa yang YB lakukan sekarang kerana mereka telah melihat selama bertahun tahun apa kegagalan yang YB lakukan.