Jumaat, 5 April 2013

MUJAHID KATA NIK AZIZ BINCANG TAPI TIADA KEPUTUSAN

Sangkakala terbaca dalam sebuah blog pembangkang yang mana ia ada menyebut tentang pertemuan diantara Nik Aziz dengan Bishop Wilayah Utara bagi Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan Kelantan, Sebastian Josef di sebuah hotel di Bayan Baru pada 28 Jan 2013.

Mengikut ayat yang tertulis didalam blog tersebut yang dikatakan oleh Mujahid Yusof Rawa yang berpendapat berpendapat, kesediaan Tuan Guru Nik Aziz dan Sebastian Josef bertentang mata, berbual mengenai pengunaan kalimah Allah dan sebagainya merupakan permulaan sessi untuk pengenalan dialog sekiranya ada pihak ingin melaksanakan kerja mulia itu.

Tapi apa yang Sangkakala baca, tidak ada keputusan berhubung dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama Kristian dalam kitab Bible mereka sama ada ianya boleh ataupun tidak, jadi bagaimana Mujahid boleh mengatakan bahawa ianya satu kerja mulia?

Didalam artikel itu hanya yang tertulis ialah 'Bagi Bishop Sebastian, jelas Ustaz Mujahid, pendirianya terhadap isu yang lebih besar seperti kes kehilangan anak, moral, jenayah, rasuah dan gejala remaja masa kini perlu difikirkan oleh semua agama dan bangsa berbanding isu yang boleh mencetuskan kecurigaan.'


Tidak ada kata putus dimana penggunaan kalimah Allah dibenarkan atau tidak penggunaannya oleh agama lain khususnya kristian.


Sila klik <DISINI> untuk bacaan lanjut sama ada benar atau tidak tiada keputusan sama ada penggunaan kalimah Allah dibenarkan atau diharamkan penggunaannya oleh penganut agama Kristian.


Tiada keputusan bukan? Yang ada hanyalah perkataan perbincangan dan apa yang dibincangkan oleh Nik Aziz sebenarnya hanya Allah yang tahu kerana gambar tidak mengeluarkan kata kata yang mampu didengar oleh telinga.

Jadi disini bagaimana pula ahli parlimen Parit Buntar ini boleh mengatakan bahawa Nik Aziz berbincang tentang penggunaan kalimah Allah?

Satu lagi kekeliruan dilakukan oleh pemimpin PAS ini dimana beliau cuba untuk menutup kesilapan PAS yang telah mereka lakukan dimana pada awalannya pemimpin PAS memberikan kebenaran kepada penganut agama Kristian menggunakan kalimah Allah.

klik gambar untuk video
Bagaimana kepimpinan PAS sendiri boleh bertelagah dalam isu kalimah Allah, tidak ada juga keputusan dan kenyataan Nik Aziz dilihat berputar putar seperti tiada pegangan dan apa yang lebih menyedihkan lagi ialah, kenyataan ini dibuat oleh orang yang digelar ulama oleh pengikut PAS.

Berbalik kepada isu asal tadi, disini Sangkakala ingin bertanya kepada YB Mujahid Yusof Rawa, dimana yang dikatakan perbincangan tentang penggunaan kalimah Allah seperti yang diperkatakan tadi?

Adakah seorang yang berpelajaran sepertimana yang diberitahu bahawa Mujahid mempunyai lulusan dari Al-Azhar tidak dapat membezakan perbincangan diantara Nik Aziz dengan Bishop sama ada ianya adalah perbincangan tentang sokongan orang kristian terhadap PAS dan bukanlah tentang penggunaan kalimah Allah.

Tidak perlu berbohong didalam perkara ini kerana semuanya telah jelas dimana Nik Aziz secara serta merta menukar kenyataan setelah melihat bahawa beliau tidak mendapat sokongan dari ahli serta kepimpinan parti PAS sendiri dalam isu kalimah ini.

Kita tengok pula apa kata Haron Din tentang kalimah Allah jika ianya diberi kebenaran kepada orang bukan islam menggunakannya
klik gambar
Jadi disini Sangkakala melihat bahawa YB Mujahid cuba untuk mengaburi mata rakyat dan cuba juga membohongi rakyat dimana beliau cuba menutup kesilapan dan kesalahan PAS yang sebelumnya memberikan kebanaran kepada Kristian menggunakan kalimah Allah.

Pemimpin yang cuba menutup kesalahan adalah pemimpin yang harus ditolak sepenuhnya kerana ianya sudah dikira bersubahat dalam satu perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.