Khamis, 4 April 2013

#GE13 GENERAL (B) ABD GHAFIR PEMBOHONG

Setelah mendengar apa yang diperkatakan oleh Leftenan Jeneral Datuk Seri Zaini,  barulah Sangkakala tau apa yang sebenarnya terjadi di Bukit Jenalik.

Rupa rupanya General (B) Ghafir selama ni dah membohongi rakyat disekitar ceramah yang beliau adakan.

Selalunya beliau akan mengatakan bahawa kes Bukit Jenalik dapat beliau selesaikan dalam masa 4 hari tetapi rupa rupanya semasa kes tersebut terjadi beliau berada di luar negara.

Macam ni punya orang pun ada dalam Malaysia ni.

Mengikut kata Datuk Seri Zaini, beliau mengambil alih tugas tersebut setelah Ghafir tidak berani membuat keputusan dan sepanjang insiden tersebut Ghafir hanya sekali turun ke kawasan kajadian itupun kerana mengiringi YB Menteri Pertahaan yang semasa itu disandang oleh Datuk Seri Najib Razak.

Kantoi sudah Abd Ghafir dengan orang nombor dua beliau.

Yang Anwar pulak sibuk kata bekas askar ramai yany ikut PKR tapipada hakikatnya ramai lagi yang ikut UMNO dan Barisan Nasional.

Gambar diatas adalah sebahagian daripada anggota tentera veteran yang masih menyokong kerajaan dan mereka berkata masih ramai dikalangan sahabat mereka di luar sana yang menyokong kepimpinan kerajaan sedia ada.

Gambar ini pula menunjukkan seorang bekas komando yang begitu setia terhadap kerajaan dan beliau juga mengatakan bahawa ramai dikalangan sahabat sahabat beliau mengikuti perkembangan politik tanah air dan mereka juga masih setia bersama kerajaan Barisan Nasional.

Nak cakap apa lagi Abg Non? Kalau setakat 4 atau 5 kerat tu tak payah nak kecoh sangat la, dah expired pun, letak jadi calon kalau menang tak lama kena buat pilihanraya kecik pulak.