Agak kelakar pulak Sangkakala tengok poster yang ada di bawah ni, bukan apa, dalam kata nak bagi semua secara percuma taoi di bawah pulak nak minta derma.
Kalau tak mampu untuk bertanding yu lupakan saja lah hasrat dalam hati, jangan kerana untuk diri sendiri tapi kesudahanya menyusahkan orang lain.
Nak bagi wifi percuma, nak bagi pendidikan percuma, nak turunkan harga kereta, nak hapuskan tol, tapi boleh ke semua tu tercapai? Atau angan angaj kosong PAS dengan pakatan pembangkang semata mata unyuk menjadi pemerintah?
Rakyat khususnya pengundi diminta supaya tidak termakan dakyah ini kerana ianya dilihat langsung tidak relevan dengan kehendak ekonomi nagara ini.
Jika semua di beri secara percuma, darimana pula kerajaan nak dapatkan duit bagi menampung pembangunan negara?
Mungkin pembangkang akan mengatakan petronas menerima keuntungan yang amat besar dan dengan keuntungan itu kita boleh memberikan semua perkara dalam menifesto mereka secara percuma.
Tapi masih kah anda ingat menifesto kerajaan pakatan pembangkang di Selabgor yang disaman jutaan ringgit oleh persatuan ibu tunggal yant menuntut janji kerajaan negeri tersebut falan menifesto mereka pada pru12 yang lalu.
Khalid akhirnya mengatakan bahwa m3nifesto bukanlah sebuah janji dan yang
lebih menyedihkan lagi beliau meminta supaya persatuan tersebut mengemukakan bukti sama ada ahli persatuan itu menyokong pakatan pembangkang atau Barisan Nasional semasa pilihanraya yant lalu.
Dan kini mereka berjanji lagi perkara yang sama dan adalah tidak mustahil jika mereka memungkiri janji seperti mana yang berlaku di Selangor.
Berkenaan dengan pendidikan percuma rasanya banyak kali diajukan supaya penuntut penuntut di Unisel diberikan pendidikan percuma namun ianya tidak dapat dilaksanakan hingga kini.
Bagi tol pula, kerajaan Selangor boleh membeli konsesi tol di negeri tersebut dan memberikannya secara percuma kepada rakyat.
Masalah wifi juga dilihat tidaklah begitu besar kerana kerajaan Selangor boleh membayar caj perkhidmatan tersebut di negeri Selangor.
Namun itu semua yidak berlaku di negeri tersebut sebaliknya janji untuk memberikan air percuma kepada setiap rumah tidak dapat di laksanakan oleh kerajaan pakatan pembangkang.
Jadi apa lagi yang kita khususnya para pengikut pakatan pembangkang harapkan daripada mereka?
Tidak ada satu pun janji yang ditaburkan oleh pakatan pembangkang ditunaikan seperti mana kerajaan Barisan Nasional lakukan.
Jadi fikir fikirkanlah adakah mereka inilayak untuk menjadi kerajaan persekutuan atau pun tidak.