Khamis, 4 April 2013

#lahaddatu LAHAD DATU TERIMA NASIB SAMA MACAM MEMALI

Kalau cikgu Non pernah menulis sebuah buku bertajuk air mata memali, kali ini akan ada satu lagi buku yang akan ditulis tapi mungkin oleh penulis yang lain.

Buku ke dua akan bertajuk air mata di Lahad Datu pula.

Kerana apa? Ini kerana duit tabung Lahad Datu telah pun terkubur bersama sama dengan semboyan pilihanraya.

Mungkin duit tersebut kini sedang diagih agihkan untuk pilihanraya umum 13 yang bakal berlangsung.

Bijak betul PAS mengambil kesempatan daripada apa yang terjadi.

Tidakkah mereka fikir bahawa kutipan tabung tersebut adalah untuk membela nasib anak anak yatim yang kehilangan bapa mereka akibat bertempur dan juga untuk balu balu allahyarham yabn gugur di medan perang?

Mendaulatkan Islam kononnya, PAS dilihat tidak mempunyai keikhlasan dalam melakukan kutipan ini selain daripada mengambil kesempatan dari kejadian tersebut.

Adalah memalukan apabila parti yang mengatakan bahawa mereka memperjuangkan agama Islam sanggup menggunakan hak anak anak yatim dan balu balu ini untuk tujuan politik.

Nasihat Sangkakala,  sekiranya tidak mempunyai modal atau kekuatan untuk bertanding, lebih baik diamkan diri dan banyakkan berdoa daripada menggunakan  hak yang sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih berhak.