Khamis, 15 Mei 2014

ALI RUSTAM MENDAHULUI UNDIAN DALAM FACEBOOK @NajibRazak

Nampak gayanya ramai dikalangan penggiat media di dalam laman facebook menyokong jika Datuk Seri Ali Rustam menjadi Setiausaha Agung UMNO yang baru.


Dalam masa satu jam sahaja nampaknya 116 orang bersetuju dengan undian jika Tok Ali menjadi Setiausaha Agung UMNO dan hanya 7 yang tidak bersetuju.

Kepada yang nak mengundi, boleh undi disini..

https://www.facebook.com/groups/lu.langsi.II/permalink/331880423625942/

Bagi Sangkakala, ini adalah satu permintaan dari akar umbi yang mana majoriti daripada mereka mahukan perubahan.

Jadi disini Sangkakala rasa ada baiknya jika Perdana Menteri yang juga merupakan presiden UMNO memberikan jawatan tersebut kepada Tok Ali dan Sangkakala percaya To Ali mampu untuk melaksanakan tugas tersebut.

Dalam masa sekarang, ramai dikalangan penggiat media khususnya orang UMNO mahukan perubahan dalam jawatan Setiausaha Agung dan Setiausaha Kerja UMNO Malaysia.

Ini adalah harapan orang UMNO yang rata ratanya mahukan perubahan dalam penstrukturan UMNO itu sendiri.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Teman setuju bebenor SAU sedia ada ni diGANTI dgn Tok Ali, sebab seingat teman,kayu rgeput ni xde apa trek rekod yg elok melainkan makin mergeput...tapi, tengok rekod Tok Ali, xcelent & meyakinkan organg Melayu yob! Kayu rgeput patut benor di GANTI, bukan di tuko yob!!

Tanpa Nama berkata...

Saya belajar di melaka.berasal dari kuala lumpur..mendengar saja tok ali sy terbayang kan bagaimana laksamana hang tuah yang bergitu gagah dan gigih mempertahankan negeri melaka..apabila sy duduk hampir setahun di melaka benar kata hang tuah xkan melayu hilang di dunia..tok ali adalah salah seorang pewaris melayu yg tiada mengenal erti penat lelah dalam menjalan kan amanah..walau pernah dimaki dan di hamun tetapi senyuman nya menampakkan ketabahan beliau melaksanakan tanggungjawab..belia manusia biase yg ade cacat cela nya.tetapi kebaikan beliau lebih byk dari keburukan beliau terutama dalam memajukan dunia melayu moden.semoga allah merahmati beliau