Sangkakala tengok dalam dua hari ni ramai pengikut pakatan pembangkang turun ke jalan jalan raya untuk berdemonstrasi dengan membawa sepanduk dan sebagainya dan mereka ini duduk di simpang simpang jalan.
Mereka juga membawa sepanduk yang meminta supaya pengguna jalanraya membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada mereka.
Daripada apa yang Sangkakala perhatikan dalam 10 buah kenderaan yant lalu, kurang dari 4 buah kenderaan yang membunyikan hon sebagai tanda sokongan dan ini menambahkan lagi kegusaran pihak pembangkang.
Tapi bukan itu yang Sangkakala nak perkatakan, apa yang Sangkakala ingin perkatakan disini ialah, mereka ini menggunakan budak budak dibawah umur bagi menjalankan kerja kerja mereka ini.
Masalahnya disini, kenapa mereka sanggup membawa kanak kanak bawah umur ini ke jalan raya demi untuk mencapai matlamat untuk menjadi kerajaan.
Adakah mereka ini yang mahu dijadikan kerajaan jika mereka sanggup memanipulasi kanak kanak bawah umur ini demi mencapai kepuasan?
Satu lagi yang Sangkakala ingin persoalkan disini ialah, adakah ini juga salah satu cara mereka untuk memberi latihan kepada para pengikut mereka untuk melakukan demonstrasi sekiranya mereka kalah dalam pilihanraya nanti?
Apa apa pun pembangkang harus diketepikan dalam pilihanraya kali ini demi untuk meneruskan kesinambungan kemakmuran dalam negara.