Rabu, 8 Mei 2013

EJEN PUSAT MENGUNDI TIPU PAKATAN PEMBANGKANG

Permintaan daripada pakatan pembangkang uang mahukan supaya diletakkan pemerhati tempatan telah ditunaikan oleh SPR dalam pilihanraya kali ini, namun begitu pakatan pembangkang masih lagi mengatakan bahwa SPR menipu mereka dalam pilihanraya kali ini.  

Apa yang Sangkakala nampak sekarang ialah yang menipu pakatan pembangkangialah ejwn mereka sendiri dimana ejen ejen mereka ini mungkin mahukan kekalahan teruk keatas pakatan pembangkang. 

Kenapa Sangkakala kata begitu? Sebabnya semasa Sangkakala membuang undi, petugas SPR ada memberitahu kepada ejen mereka nombor kad pengenalan serta nombor giliran setiap pengundi. 

Adalah amat mustahil sekiranya ejen ejen ini yidak tahu jika wujudnya pengundi hantu atau undian dua kali menggunakan nombor kad pengenalan yang sama atau nombor giliran yang sama di satu tempat membuang undi. 

Kita semua (pengundi) mengalami situasi yang sama dan bagaimana mungkin sistem undian yang begitu ketat boleh didakwa oleh pakatanbpembangkang sebagai satu penipuan oleh SPR. 

Agak pelik juga bukan? Apakah pakatan pembangkang sendiri tidak mempercayai ejen ejen pusat pembuangan undi mereka sendiri atau sengaja mencari kesalahan demi kesalahan SPR? 

Sudah sudahlah tu nak menyalahkan orang lain, sudah jelas terhukti bahawa rakyat Malaysia memilih kerajaan Barisan Nasional sebagai kerajaan yang memerintah.