Dulu kata kalau pakatan pembangkang gagal untuk ke Putrajaya pada PRU kali ini, maka ketua pembangkang akan bersara daripada arena politik tanah air, tapi kini apa yang terjadi adalah sebalikbya dimana Anwar dilihat tidak akan melakukan seperti mana yang beliau pernah janjikan dahulu.
Mungkin memang sudah menjadi tabiat si Anwar akan menipu rakyat dengan kata kata manis beliau dan kadang kadang berbaur simpati tak kurang juga seperti satu ugutan.
Apa yang terjadi kini ialah Anwar sekali lagi berdolak dalik dengan mengatakan bahawa beliau akan bersara selepas menyelesaikan isu penipuan dalam pilihanraya katanya.
Apa ke bodoh punya manusia macam Anwar ni, nak kata penipuan macam mana lagi? Dah terbukti bahawa pada pilihanraya kali ini apa sahaja yang dituntut oleh pakatan pembangkang melalui jawatankuasa BERSIH telah ditunaikan oleh pihak SPR.
Itu pun kata nak tipu lagike? Telah terbukti juga bahawa cina pada kali ini tidak memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional yang membuatkan penurunan kerusi parlimen yang dimenangi oleh kerajaan.
Tetapi kita perlu ingat bahawa kerusi DAP bertambah lagi sepuluh dalam proses pilihanraya kali ini yang menampakkab bahawa kaum cina kini sudah mula untuk menjadikan parti DAP menjadi kerajaan.
Dengan penambahan tersebut adalah tidak mustahil jika satu hati nanti sekiranya orant Melayu tidak sedar atau peka dengan keadaan p9litik ini maka kerajaan akan bertukar kepada kerajaan DAP dan bukannya PKR ataupun PAS.
Rakyat khususnya orang Melayu harus sedar tentang perkembangan ini kerana keistimewaan orang melayu memaang telah lama hendak dipadamkan oleh DAP dan cara untuk melaksanakannya ialah dengan menjadi kerajaan.
DAP melihat bahawa sekiranya untuk menjadi kerajaan, kekuatan mereka sahaja adalah tidak mencukupi dan oleh itu mereka telah menghasut Melayu dalam PKR serta PAS untuk membenci Barisan Nasional.
Mungkin bagi pengikut tegar pakatab pembangkang perkara ini dikatakan tidak akan terjadi kerana mereka mengatakan bahawa kerusi yang ditandingi oleh Melayu pakatan pembangkang melebihi dari undi kaum cina.
Tapi satu perkara yang mereka tidak kaji ialah, adakah semua kerusi yang ditandingi oleh Melayu itu akan menang dan adakah Melayu PAS mendominasi pakatan pembangkang?
Perkara ini yany tidak dikaji oleh pakatan pembangkang (Melayu) secara khusus serta mendalam.
Jika PAS mampu untuk memenangi semua kerusi yang mereka pertandingkan sekali pun, ianya tidak akan sama dengan majoriti yany dimenangi oleh DAP serta cina dalam PKR.
Ini kerana PKR adalah parti campuran semua bangsa, cina, melayu dan india ada didalam PKR dan mahukah mereka ini mempersetujui cadangan untuk menjadikan Presiden PAS sebagai Perdana Menteri?
Sangkakala tidak nampak perkara ini akan terjadi dan sekiranya ia terjadi sekalipun sudah pasti ianya tidak akan kekal lama kerana setelah DAP memperolehi apa yang mereka hajatkan contohnya menukar perlembagaan yang mengatakan hanya Melayu Islam yang boleh menjadi Perdana Menteri maka Presiden PAS sendiriakan ditolak sepenuhnya.
Perlukah pada masa itu baru kita perlu bangkit untuk mempertahankan tanah air ini? Tidakkah nanti ianya sudah terlambat? Mahukah kita melihat nasib anak cucu kita nanti tidak seperti nasib kita yang baik seperti sekarang?
Fikir fikirkanlah, jika semua itu terjadi kita akan melangkah sepuluh langkah kebelakang dan Cina DAP akan bersorak kerana sudah melangkah jauh kehadapan.