Selasa, 7 Mei 2013

CINA TOLAK MCA KERANA KERAJAAN #NajibRazak

Selama ini selalu terdengar bahawa ada cina yang tidak menyokong MCA kerana dikatakan parti tersebut tidak membantu kaum cina dalam negara ini, tapi apa yang berlaku pada PRU kali ini jelas menunjukkan bahawa semua itu adalah satu pembohongan yang dilakukan oleh kaum cina kepada kerajaan.

Kerajaan dibawah Barisan Nasional tidak pernah membelakangkan kaum cina selama ini dan ini jelas dengan pemberian BR1M satu dan dua yang mana kita dapat melihat bahawa ramai dikalangan orang orang cina yang berpendapatan dibawah RM 3 ribu menerima jumlah yang sama seperti mana yang diberikan kepada bangsa bangsa lain.

Kali ini lebih banyak kerusi yang ditandingi oleh MCA tidak diberi peluang oleh kaum cina walaupun MCA mewakili kaum itu didalam kerajaan Barisan Nasional.

Apa yang dapat kita semua lihat kini ialah, kaum cina sudah mula rasa bahawa mereka layak untuk menjadi kerajaan seterusnya menjadikan negara ini bukan negara Melayu Islam serta bukan lagi didominasi oleh kerajaan yang berteraskan bumiputera Islam.

Apa yang mereka mahukan sebenarnya adalah kuasa untuk memerintah dan contoh paling dekat ialah kekalahan Datuk Seri Ali Rustam yang begitu komited dalam menjalankan tugas beliau sebagai seorang Ketua Menteri tanpa mengira bangsa dan agama di Melaka.

Namun beliau tewas kerana tiada sambutan daripada cina yang hanya melihat untuk mendapatkan kuasa semata mata, segala jasa beliau untuk menaikkan negeri Melaka selama 13 tahun hilang ditelan oleh arus pengundi yang berpaling tadah.

Itu yang kita lihat secara jelas kerana jika hendak dibandingkan dengan lawan beliau, ketua AMK Keadilan tidak pernah melemparkan jasa pembangunan untuk kawasan Bukit Katil walaupun seinci turapan jalan.

Tetapi Shamsul Iskandar diberi mandat untuk menjadi ahli parlimen dimana ketika itu Cina amat teruja dengan kemenangan yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang.

Satu perkara yang tidak disangka sangka namun itulah yang terjadi pada hari ini dan jika Melayu masih lagi tidak sedar atau tidak memandang serius perkara ini, dalam PRU14 nanti sudah pasti akan terjadi satu masalah besar rakyat Malaysia.