Selasa, 7 Mei 2013

PEKERJA LEBUHRAYA MENARIK NAFAS LEGA

Kemenangan Barisan Nasional sebagai kerajaan persekutuan semalam membuatkan ramai kakitangan lebuhraya berTOL menarik nafas lega, kalau ditakdirkan semalam Barisan Nasional kecundang sufah tentu mereka semua akan menjadi penganggur bermula pada hari ini kerana ketiadaan kerja apabila pakatan memansuhkan TOL disemua lebuhraya dalam negara.

Apa yang akan menjadi sumber pendapatan mereka bagi menyara keluarga sekiranya semua TOL ini dimansuhkan dan diberikan secara percuma oleh pakatan pembangkang? 

Pakatan Pembangkang dilihat tidak mengambil kira nasib pekerja pekerja lebuhraya ini kerana janji untuk memberikan TOL secara percuma diberikan kepada pengguna namun peluang pekerjaan untuk mereka yang bertugas di lebuhraya tersebut langsung tidak disebut didalam menifesti kerajaan pakatan pembangkang.

Ini dilihat akan menyukarkan mereka yang kehilangan pekerjaan akibat dari janji gila pakatan pembangkang ini, dan perkara utama yang perlu kita fikirkan ialah, majoritipekerja TOL tersebut adalah orang Melayu dan bukannya cina.

Adakah Anwar tidak memikirkan semua ini? Atau demi untuk mendapat undi dari rakyat maka beliau tidak mengambil kira mereka yang mencari rezeki menyara keluarga disitu?




Untuk menutup pintu rezeki memang mudah bagi Anwar tetapi untuk membuka pintu rezeki mungkin bukan dia orangnya.


Anwar tidak akan berasa apa apa daripada permasaalahan tersebut kerana beliau hanya mahukan kuasa serta jawatan sebagai Perdana Menteri.