Ahad, 7 April 2013

#GE13 DAP SABOTAJ TAPI PAS MASIH BUTA

Walaupun Pengerusi DAP kebangsaan pernah menempelak dan mengherdik PAS dalam isu penubuhan negara Islam namun PAS seolah olah sudah buta mata dan tuli telinga dalam isu tersebut.

KIni secara terang terangan bahawa DAP tidak mahu berkerjasama dengan PAS dalam menubuhkan negara Islam apatah lagi melaksanakan hukum hudud di negara ini.

PAS tidak mampu berkata apa apa bila si Karpal mengatakan 'OVER MY DEATH BODY' atau 'LANGKAH MAYAT BELIAU DAHULU' sekiranya PAS masih mahu menjadikan negara ini sebagai sebuah negara Islam.

GAmbatlr diatas pula dengan jelas menunjukkan bahawa pengikut dan penyokong DAP tidak akan pernah sama sekali bersama sama dengan PAS dalam usaha untuk menjalankan hukum hudud walau pun PAS selama ini dikihat begitu taat dan setia terhadap parti rasis DAP.

Apa yang mahu dituntut lagi oleh PAS sebagai salah satu parti yang mengatakan kebersamaan mereka dengan DAP dan PKR?

Mampukah PAS meneruskan agenda negara Islam mereka dan pada akhirnya, PAS hanya mampu untuk mengatakan bahawa mereka memperjuangkan negara berkebajikan dan ini dilihatbahawa PAS sudah membuat pusingan sebanyak 360 darjah dengan memperkosa kepercayaan pengikut mereka bahawa mereka akan memperjuangkan negara Islam sekiranya memerintah.

Ramai juga dikalangan ahli PAS yang sudah hilang kepercayaan terhadap parti itu yang seringkali akan menukar pendirian apabila diherdik dan di sanggah.

Apakah mereka nanti mampu untuk memperjuangkan agama apabila Pakatan Pembangkang menjadi kerajaan?

Sudah pasti mereka tidak akan mampu untuk bersuara kerana PAS hanyalah parti kecil dalam pemerintahan dan mungkin nanti hanya akan layak menjadi timbalan timbalan menteri yang tidak mempunyai apa apa kuasa untuk bersuara.

Ayuh kita lenyapkan pakatan pembangkang kerana mereka ini tidak akan ada kata sepakat dalam mentadbir negara jika diberipeluang untuk menjadipemerintah, tapi yang hanya ada kata sepakat ini cumalah Barisan Nasional yag selama ini berastu dalam memperkatakan tentang pembangunan negara dan kebajikan untuk rakyat.