Walaupun secara terang terangan bawa pemimpin pakatan pembangkang menyetujui penggunaan kalimah Allah diberikan kebenaran penggunaannya oleh bukan Islam, namun pemimpin PAS masih mengatakan bahawa ianya adalah salah UMNO.
Jelas terbukti dengan kenyataan kenyataan pemimpin pembangkang yang lain tentang isu penggunaan kalimah Allah seperti gambar yang tertera diatas.
Apakah PAS sudah tidak lagi mendengar apa yang diperkatakan oleh pemimpin pajatan pembangkang yang lain?
Apakah semua yang dilakukan dan diperkatakan oleh sahabat sahabat PAS akan dilencongkan kepada UMNO dan Barisan Nasional semata mata.
PAS hari ini telah meletakkan perjuangan mereka tentang Islam kedalam peti simpanan yang dikunci rapi dan akan dipatri mati supaya ianya tidak lagi di perkatakan dan ianya tidak lagi di perdengarkan.
PAS hari ini tidak lagi PAS dizaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dahulu yang begitu membenci akan DAP dan tidak sama sekali bersekongkol dengan parti tersebut dalam apa juga keadaan.
Tetapi kini PAS hanya lebih memandang ke arah untuk menjadi pemerintah tanpa mengira apa yang diperjuangkan selama ini.
Dengan erti kata lain, PAS tidak lagi memperjuangkan apa yang diperjuangkan oleh pemimpin parti mereka yang lebih dahulu.
Hari ini PAS sanggup untuk bersama sama DAP dan PKR hanya semata mata gula gula yabg diberikan oleh pemimpin PKR dan DAP iaitu jawatan yang akan dipegang jika mereka berjaya menawan Putrajaya.
Hanya ini yang dipandang oleh kepimpinan PAS pada masa kini dan mereka tidak akan pernah memikirkan adakah satu masa nanti mereka akan hanya mampu untuk melihat apa juga yang dilakukan oleh PKR dan DAP sedangkan untuk bersuara adalah tidak mungkin sama sekali.
Pengikut pembangkang juga tidak melihat apa musibah sekiranya DAP mendapat kuasa untuk memerintah, DAP yang selama ini menaruh dendam terhadap orang melayu akan menuntut pembalasan dan pada masa itu para pengikut pembangkang hanya mampu untuk melihat tetapi tidak mampu untuk berbuat apa apa kerana mereka boleh diibaratkan seperti tangan sudah terikat ke langit dan kaki sudah terpasung ke bumi.
Adakah itu yang kita semua mahu lihat?
Tepuk dada tanya iman, undi anda penyelamat kepada sebuah negara yang aman sentosa dimana selama ini semua masyarakat tidak mengira kaum dan agama mampu duduk semeja dan bekerja dalam satu bangunan akhirnya hancur lebur begitu sahaja.