Inilah yang telah dijanjikan oleh kerajaan Selangor kepada para pengundi dan rakyat di negeri tersebut.
Bukan sahaja tidak menunaikan menifesto mereka, malah mereka juga mengatakan bahawa menifesto itu bukanlah satu janji dan ianya tidak wajib untuk ditunaikan.
Ini menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Pembangkang tidak profesional dalam urusan pentadbiran negerui namun masih mempunyai cita cita untuk memerintah negara.
Jika mereka ini diberi peluang untuk menjadi kerajaan bagi negara ini, apa yang akan dilakukan oleh mereka?
Sudah pasti segala menifesto yang diberikan untuk pru kali ini akan berada di dalam tong sampah.
Jadi tak salah kalau satu masa dulu, Datuk Ahmad Maslan telah melakukan simbolik dengan membuang buku jigga ke dalam tong sampah kerana apa yang terdapat didalam buku itu yang kononnya menjadi menifesto mereka sentiasa berubah ubah dari semasa ke semasa dan ini yang membuatkan mereka bebas melakukan apa sahaja.