Ahad, 7 April 2013

#GE13 SERAMBI MEKAH TANPA MASJID

Dah beberapa penggal pun masih tak bina sebuah masjid, apa yang PAS buat selama ni? Buat tempat maksiat je ke kat Kelantan tu?

Kata negeri Islam, dibawah pemerintahan parti Islam tapi kalau dah macam ni rupanya Islam apa ke benda PAS Kelantan ni?

Semua nak harap pada kerajaan pusat je selama ni, langsung takde inisiatif untuk membangunkan Islam pun.

Apa kata orang Kelantan dengan situasi ini? Takkan tak boleh nilai walaupun sikit.

Nak cerita bab hudud, nak cerita tentang  Islam tapi apa pun takde.

Suruh rakyat buat dulu kemudian baru bagi peruntukan, itupun tengok banyak mana yang mereka nak bagi, kalau nak bina sebuah masjid dah tentu makan belanja jutaan ringgit,  mampu ke rakyat nak buat dulu?

Lepas tu baru nak bagi itupun ikut kerajaan negeri, kalau buat masjid makan belanja 2 juta, kerajaan negeri bagi 200 ribu, apa akan jadi?

Ini kali kena tukar kerajaan Kelantan, bagi balik pada kerajaan Barisan Nasional,  dah tentu bukan sahaja masjid tetapi segala kemudahan infrastruktur dan pekuang pekerjaan akan datang ke Kelantan.

Jadi kepada rakyat Negeri Cik Siti Wan Kembang, sudah sampai masanya untuk kuburkan PAS yang sebenarnya tidak memperjuangkan nasib rakyat negeri tersebut.