Ahad, 17 Februari 2013

FITNAH BARU SI LAMBAI TAK TAU MALU

Ini fitnah terbaru yang disebarkan melalui twitter oleh silambai bekas Menteri Besar derhaka Perak.

Beliau mengatakan bahawa Perdana Menteri akan meletakkan jawatan atas desakan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan para Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Adakah Nizar sedar bahawa sekarang ini perhatian rakyat sudah kembali terarah kepada kerajaan Barisan Nasional dengan beberapa kejayaan demi kejayaan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri?

Masalah desakan meletakkan jawatan tidak pernah timbul kerana semua Ahli Majlis Tertinggi dilihat amat komited menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden UMNO.

Cuma apa yang menjadi kegusaran sebenarnya ialah Hadi Awang yang akan tersingkir sebagai presiden PAS berikutan ada tangan tangan hitam dari luar PAS yang memungkinkan Mat Sabu menjadi Presiden.

Mungkin juga untuk mengelakkan pengikut PAS bertambah hilang keyakinan terhadap mereka, maka si Lambai ini mengeluarkan pula fitnah terhadap UMNO dan Perdana Menteri dengan mengaitkan Tun Mahathir.

UMNO tidak sewenang wenangnya mendesak Presiden untuk melepaskan jawatan kerana keutuhan dan keakraban sesama ahli.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: