Ahad, 24 Februari 2013

BR1M UNTUK ORANG MUDA TANDA JANJI BN DITEPATI

Pemberian BR1M untuk orang muda di kawasan parlimen Lumut pada tengah hari ini disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Majlis yang dihadiri hampir 2000 orang orang muda telah membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional mengambil berat tentang kebajikan orang orang muda (bujang)

Majlis dimulakan dengan ucapan ketua pemuda Lumut Mohd Shahril bin Yahya yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan terutamanya YAB Perdana Menteri diatas pemberian bantuan rakyat 1Malaysia untuk orang muda.

Beliau mengatakan juga bahawa ini adalah komitmen kepimpinan Barisan Nasional.

Ucapan seterusnya disampaikan oleh Ketua Pemuda UMNO Perak, saudara Azwan mengucapkan tahniah kepada kepimpinan pemuda bahagian Lumut dan pasukan gerak gempur pemuda UMNO Bahagian Lumut.

Dalam ucapan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula berkisar kepada ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri diatas sokongan kerajaan dalam memberi bantuan terus kepada rakyat terutamanya untuk orang muda atau bujang.

BR1M yang pertama hanya diberi kepada warga yang sudah berkahwin dan atas inisisatif pergerakan pemuda UMNO dan Barisan Nasional yang memohon kepada Perdana Menteri uberikan bantuan sama kepada warga muda (bujang).

Alhamdulillah dengan rasa tanggungjawab dan penuh dedikasi, maka Perdana Menteri telah meluluskan pemberian BR1M untuk orang muda sebanyak RM 250 seorang yang melibatkan perbelanjaan yang begitu besar dalam memberi keselesaan kepada warga muda dan rakyat Malaysia.

Beliau berkata bahawa tidak mustahil sekiranya kerajaan diberi mandat menerajui negara pada Pilihanraya Umum akan datang, insyaallah mungkin bantuan ini akan dinaikkan seperti kata YAB Timbalan Perdana Menteri tidak lama dahulu.

Kerajaan telah membelanjakan wang lebih dari RM 20 billion setahun dalam memberikan subsidi kepada rakyat dan semua ini tidak nampak kerana ianya tidak diberikan secara terus ke tangan kita.

Ini adalah transformasi ekonomi yang dilakukan oleh kerajaan, dan apabila kadar ekonomi naik kepada 6% ini adalah satu kejayaan kerajaan dan apabila kerajaan memperolehi keuntungan lebih daripada RM 150 billion maka kerajaan memberikan semula keuntungan ini kepada rakyat dengan pemberian BR1M, BP1M, BT1M dan pelbagai bantuan lagi.

Tidak akan ada pelabur yang berani untuk melabur kedalam mana mana negara sekiranya setiap bulan diadakan demonstrasi, ini telah terjadi dibeberapa buah negara, ujar beliau.

Beliau berpesan supaya semua yang hadir dan yang berada diluar sana untuk mempercayai janji yang dilakukan oleh Barisan Nasional kerana janji kerajaan ini akan sentiasa ditepati, hari ini sudah terbukti bahawa janji kerajaan ditepati dengan pemberian BR1M untuk orang muda.

Tidak seperti janji pembangkang di eberapa buah negeri yang dikuasai oleh mereka, yang mana pelbagai janji telah diberikan namun tidak ada satupun janji janji itu yang ditepati, dan sebagai bukti, kerajaan Selangor telah menerima pelbagai samandari rakyat yang merasakan bahawa mereka dikhianati.

Akhir kata beliau sekali lagi mengucapkan tahniah kepada semua yang terlibat dalam majlis ini dan beliau berjanji bahawa beliau akan tetap akan mempertahankan hak orang muda.

Seterusnya adalah majlis pemberian BR1M kepada orang muda yang disampaikan oleh YB Khairy sendiri diiringi oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Ketua Pemuda Perak.

Bantuan perumahan juga disampai oleh saudara Khairy sendiri.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: