Sabtu, 23 Februari 2013

MAKIN BERANI SI PENJUAL KARPET

Deepak Jaikishan yang telah menuduh Perdana Menteri dikatakan telah menghatar notis saman kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau memfailkan saman tersebut atas alasan Datuk Seri Najib telah memfitnah beliau dengan mengatakan bahawa beliau (deepak) tidak boleh dipercayai.

Adakah tindakan Deepak tersebut semata mata mahu rakyat Malaysia mempercayai beliau dan kerana beliau kini dilihat sudah tidak mempunyai kekuatan lagi dalam usaha untuk menjatuhkan Perdana Mneteri dengan fitnah yang bukan bukan.

Deepak dikatakan mempunyai hutang bernilai jutaan ringgit dan untuk melunaskan hutang tersebut beliau telah menjual sebidang tanah kepada Boustead dan hutang beliau masih lagi tertunggak.

Setelah begitu lama, baru kini beliau tampil kehadapan dengan mengatakan itu dan ini kerana nilai tanah tersebut sudah melambung tinggi dan beliau juga berkata bahawa beliau sanggup untuk menebus kembali tanah tersebut mengikut harga semasa beliau menjualnya.

Darimana Deepak mahu mendapatkan wang sebanyak itu? Adakah beliau bercadang untuk menjual semula tanah tersebut kepada pihak pihak tertentu yang berminat dengan hartanah tersebut yang kini dilihat berpotensi tinggi?

Itu pernah diucapkan oleh Deepak satu masa dulu dimana beliau mengatakan bahawa beliau boleh menjual tanah tersebut dengan harga yang jauh lebih tinggi dan beliau juga mendakwa bahawa beliau masih mempunyai wang lebihan sekiranya menjual tanah tersebut kepada pihak lain dan wang lebihan itu boleh membawa beberapa orang untuk bercuti ke Maldives.

Cukup mudah Deepak menyelesaikan masalah, semasa syarikat dirundung hutang, jual aset yang ada, bila aset tersebut bertambah nilai, ambil semula dan dijual kepada pihak lain.

Kenapa Deepak tidak menawarkan pembelian tanah tersebut dengan nilai pasaran semasa? Untuk mencari untung lebih?

Sangkakala amat yakin bahawa Deepak akan menerima nasib malang apabila segala kegiatan beliau untuk menipu kerajaan dan rakyat terbongkar.

Itu juga mengapa beliau meminta bantuan supaya beliau diletakan didalam kawalan orang yang membuka rahsia, tapi adakah itu akan berlaku? atau adakah Deepak sudah merasakan dirinya tidak lagi selamat kerana benteng pertahanan beliau dilihat tidak lagi kukuh tambahan pula ketua pembangkang sendiri tidak menyatakan sokongan dengan apa yang beliau lakukan.

Tapi Sangkakala berpendapat, segala apa yang dilakukan oleh Deepak mesti ada dalang disebaliknya dan kerana itu jugalah beliau dilihat amat berani dan lantang bersuara.