Khamis, 28 Februari 2013

JANJI BN DITEPATI DI TAMAN SEMARAK PARIT BUNTAR @ZambryAbdKadir

Tidak sampai sebulan dari tarikh upacara pecah tanah pembinaan sebuah dewan terbuka di Taman Semarak, hari ini dewan tersebut telah tersergam di kawasan tersebut.

Dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebanyak RM 100'000 dewan ini sudah boleh digunakan oleh penduduk di Taman Semarak untuk melakukan pelbagai aktiviti.

Mengikut kata pengerusi persatuan penduduk, dewan yang didirikan akan digunakan untuk para penduduk melakukan pelbagai aktiviti dan persatuan juga boleh menjalankan aktiviti untuk masyarakat.

Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Menteri Besar kepada pemangku Ketua UMNO Bahagian, Tuan haji Salleh bin Mat Disa dan ianya telah diserahkan kepada pengerusi persatuan penduduk Haji Zainal Abidin Sha'ari.

Seluruh penduduk Taman Semarak mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada kerajaan negeri yang memberi bantuan tersebut.

Turut hadir semasa upacara pecah tanah itu ialah Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Mua'amar Ghadafi Jamal.

Hari ini beliau (Mua'amar Ghadafi) datang sekali lagi dengan diiringi oleh Yang DiPertua Persatuan Kontraktor negeri Perak, Datuk Wira Jamaluddin Abd Rahim yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa UMNO Bahagian.

YDP Persatuan Kontraktor pula telah menyumbangkan sebanyak RM 4000 lagi untuk kerja kerja pendawaian elektrik dan tambahan dinding di bahagian belakang dewan untuk memberikan lebih keselesaan kepada para pengguna.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: