Isnin, 25 Februari 2013

PAS PERLU BERANI BERTANGGUNG JAWAB

PAS perlu bertanggungjawab dengan kenyataan Mursyidul Am mereka mengatakan bahawa penerima BR1M sama seperti lembu dan ayam yang memakan jerami padi serta hampas kelapa.

PAS diminta oleh Timbalan Perdana Menteri supaya mengeluarkan fatwa baru bahawa menerima BR1M juga adalah haram, seperti kenyataan beliau kepada BERNAMA.

Bagi Sangkakala, ada benarnya juga dengan apa yang dikatakan oleh TPM memandangkan mereka (PAS) yang mengeluarkan kenyataan dan mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang mereka perkatakan sebelum ini.

Penerima BR1M bukan sahaja dari kalangan orang orang UMNO malah ianya juga diterima oleh ahli PAS dan beberapa bekas ADUN PAS juga dikatakan menjadi penerima skim bantuan kerajaan tersebut.

Jadi dalam perkara ini Hadi awang perlu mengeluarkan fatwa atau apa juga sekalipun kenyataan sama ada menyokong kenyataan Nik Aziz atau sebaliknya.

Dan kepada ahli ahli PAS yang menerima BR1M, mereka juga perlu menuntut penjelasan dimana kedudukan mereka selaku penerima BR1M, sama ada mereka ini tergolong didalam golongan seperti yang dikatakan oleh Nik Aziz atau pun bukan seperti yang diminta oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: