Jumaat, 15 Februari 2013

AKHIRNYA HARON DIN AKUR DENGAN JIHAD TERHADAP DAP SERTA ANWAR

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din akhirnya akur dengan keputusan untuk meninggalkan PAS kerana sedar bahawa sekiranya masih berada didalam parti tersebut seumpama beliau juga menyokong dengan apa yang dilakukan oleh parti sekutu PAS iaitu DAP serta PKR.

Hari ini beliau mengisytiharkan bahawa beliau keluar dari PAS kerana mungkin pertemuan dengan Anwar pada 7 februari tempoh hari tidak melihatkan bahawa Anwar akan berganjak dari keputusan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah serta menyokong kebebasan beragama.

Ini adalah contoh seorang ulama yang benar benar memperjuangkan islam secara dasarnya, dan dengan tindakan tersebut jelas juga menunjukkan bahawa tiada kesepakatan didalam Pakatan Pembangkang.

Tahniah Sangkakala ucapkan kepada Datuk Haron Din kerana begitu berani berjuang mempertahankan agama islam hingga sanggup menggadaikan jawatan beliau sebagai Timbalan kepada Mursyidul Am yang mana Nik Aziz adalah ketuanya.

Beliau juga mengisytiharkan Jihad terhadap Anwar serta sekutu yahudinya serta DAP.

Jelas kini bahawa perkataan jihad yang disebut oleh Hadi Awang didalam amanat beliau adalah salah sama sekali, kerana yang perlu diperangi ialah Anwar serta kuncu kuncunya yang dilihat akan merosakkan agama Islam.




Tiada ulasan: