Rabu, 27 Februari 2013

MEREPEK LAGI PRESIDEN PAS

Setelah mengatakan penerima BR1M umpama ayam dan lembu yang diberi makan hampas kelapa dan jerami padi, kini presiden PAS mengatakan pula Firaun juga pernah memberikan BR1M.

Inikah yang dikatakan pemimpin Islam? Inikah orang yang dikatakan sebagai ulama?

Sangkakala tidak nampak sekarang dimana sifat sebagai ulama yang boleh dilabelkan terhadap haji Hadi dan pemimpin PAS yang lain.

Seperti yang sangkakala baca dalam sinaronline, ada tertulis bahawa haji Hadi juga mengatakan bahawa tahap pengangguran tidak akan berkurangan dengan pemberian BR1M dan beliau juga berkata bahawa kerajaan pakatan pembangkang tidak akan menjadikan rakyat sebagai pengemis seperti yang di dalam menifesto pakatan haram.

Kerajaan selama ini sememangnya tidak pernah menjadikan rakyat Malaysia sebagai pengemis atau menganggap mereka sebegitu, dan kerajaan tidak mengajar rakyat menjadi pengemis.

Jika pemberian BR1M ini dianggap kerajaan mengajar rakyat menjadi pengemis, bagaimana pula dengan pemberian subsidi yang berlebihan kepada rakyat, tidakkah ianya nanti sama juga dengan mengajar rakyat untuk menjadi malas.

Dalam menifesto pakatan pembangkang, Sangkakala dapati masih banyak juga pemberian wang untuk rakyat namun ianya hanyalah retorik semata mata.

Ini kerana, semua menifesto yang terdapat dialam buku menifesto pakatan pembangkang itu telah juga diberikan oleh mereka di Selangor sebelum berlangsungnya pilihanraya umum yang ke 12 dahulu, namun ianya tidak ditunaikan sehingga kini dan yang lebih menyedihkan lagi ialah, apabila pakatan pembangkang yang menguasai Selangor meminta bukti kepada persatuan ibu tunggal bahawa ahli persatuan tersebut mengundi pakatan pembangkang semasa pilihanraya yang lalu.

Dengan terjadinya permintaan itu juga, jelas menunjukkan bahawa pakatan pembangkang sebenarnya hanya mempermainkan rakyat deangan mengula gulakan mereka.

Tetapi setelah menyedari bahawa diri mereka tertipu, persatuan ibu tunggal Selangor telah memfailkan saman keatas kerajaan Selangor dan mahkamah telah memutuskan bahawa pihak kerajaan Selangor perlu membayar jumlah yang dituntut oleh persatuan tersebut.

Inilah dia janji pembangkang yang tidak akan ditepati sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional seperti sekarang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: