Isnin, 25 Februari 2013

MALANG SEKALI WARGA EMAS JUGA DITIPU OLEH PAKATAN

Kerajaan Barisan Nasional telah menjanjikan untuk memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan berpendapatan kurang RM 3000 sebulan sebanyak RM 500 tanpa mengira kaum, bangsa dan agama atau fahaman politik serta status sama ada mereka warga emas ataupun tidak.

Dan baru baru ini pula, kerajaan telah memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada golongan muda pula sebanyak RM 250 seorang bagi mereka yang berpendapatan kurang dari RM 2000 sebulan.

Dengan pemberian itu juga, kepimpinan PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa penerima bantuan tersebut serupa dengan ayam dan lembu dan presiden PAS pula mengatakan bahawa penerima BR1M adalah bodoh.

Tapi apa yang berlaku hari ini menunjukkan bahawa pembangkang menggunakan kaedah sama tetapi apa yang menghairankan ialah, mereka dilihat cuba menipu warga emas dengan mengatakan bahawa mereka akan diberi imbuhan sebanyak RM 1000 dan ini dilihat sebagai salah satu pembohongan dimana ianya telah pun terjadi di Selangor.

Jadi apakah menifesto pembangkang ini masih boleh dipercayai?








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: