Selasa, 26 Februari 2013

ADAKAH BENAR SINAR HARIAN TELUS DAN TULUS ???

Sangkakala kerap kali baca akhbar Sinar Harian dan setiap kali membaca akhbar ini Sangkakala terfikir adakah benar bahawa Sinar Harian ini mengikut moto yang terpampang di atas akhbar tersebut?

Semakin hampir dengan pilihanraya, Sangkakala dapati semakin kuat politik didalam kahbar tersebut, mungkin kerana ianya adalah sebuah akhbar tabloid yang mencari pembaca.

Namun ada yang Sangkakala lihat bahawa Sinar kini lebih cenderong kearah mempromosikan pembangkang.

Tapi itu masih lagi tidak mengapa kerana sebagai akhbar biasa mereka tidak terikat untuk mengeluarkan berita atau artikel yang hanya menyokong kerajaan.

Hari ini Sangkakala terbaca pula satu artikel berkenaan dengan kawasan Parit Buntar, dan setelah Sangkakala membuat pertanyaan kepada beberapa orang, apa yang dikeluarkan didalam artikel tersebut langsung tidak menepati apa yang diperkatakan.

Adakah Sinar juga menjadi spinner kepada pembangkang? Dengan menunjukkan bahawa UMNO atau Barisan Nasional tidak bagus?

Satu lagi jika para pembaca buka Sinaronline, cuba para pembaca copy and paste satu pautan artikel ke laman facebook, sudah pasti apa yang di copy kan tadi tidak akan keluar, yang akan keluar ialah ceramah PAS.

Hebat permainan Sinar selama ini, dengan berselindung disebalik akhbar tabloid yang biasa, rupanya ada sesuatu disebaliknya.

Jadi Sangkakala menyeru kepada seluruh pembaca, tolak akhbar Sinar harian kerana kemunafikan akhbar tersebut yang menjadikan moto sebagai perisai pertahanan.








Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: