Khamis, 28 Februari 2013

PEMIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG TAMAKKAN KUASA

Adalah berbeza dengan amat ketara sekali diantara kepimpinan 4 buah parti yang bertanding dalam setiap pilihanraya umum di Malaysia.

Kita dapat melihat bahawa pemimpin Barisan Nasional akan hanya mengambil satu kerusi bagi setiap calon dan berseza pula dengan pembangkang yang biasanya meletakkan 1 calon untuk 2 kerusi iaitu DUN dan parlimen.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa Pakatan pembangkang tidak memberikan peluang kepada muka baru untuk bertanding sebagai calon yang mewakili mereka.

Adakah mereka ini kekurangan calon atau mereka ini terlalu tammakn kuasa hingga tidak memberikan peluang kepada muka baru untuk bertanding?

Sangkakala melihat kepada hanya satu arah iaitu ketamakkan kuasa sebagai pemerintah menjadi agenda utama kerana kita semua sedia maklum ramai dikalangan cerdik pandai menyertai pakatan pembangkang tidak kiralah PAS PKR atau DAP dan mereka ini dipandang sepi.

Tidak seperti Barisan Nasional yang akan menurunkan muka baru dalam setiap PilhanRaya Umum dan setiap muka baru ini pula akan melakukan tugas mengikut kesesuaian umur mereka tanpa menjejaskan reputasi sebagai pemimpin.

Tetapi bagaimana pula dengan kepimpinan pembangkang? Khalid Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Lim Guan Eng dan beberapa lagi pemimpin pakatan pembangkang menjadi ahli parlimen dan ADUN dalam masa sama dan ini dilihat sebagai punca mereka tidak mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka terhadap masyarakat.

Lagi satu perkara yang mungkin kita terlepas pandang ialah, calon atau wakil rakyat dikalangan pembangkang ini terdiri daripada kaum kerabat mereka sendiri dan amat ketara di dalam DAP, Lim Kit Siang dengan anaknya Lim Guan Eng, Karpal Singh dengan anaknya Gobind Singh, Guan Eng dengan isterinya dan ramai lagi.

Berbeza pula dengan kepimpinan Barisan Nasional, mungkin ada yang mengatakan bahawa ada juga pemimpin Barisan Nasional yang sebegitu, tetapi hanyalah beberapa orang sahaja itupun biasanya mereka ini bergiat aktif didalam politik dan bukannya sebagai wakil rakyat.

Disini kita dapat melihat bahawa kepimpinan mana yang lebih memberikan komitmen dalam memacu negara dan yang yang mana satu pula lebih cenderong kearah nafsu serakah.

Sama samalah kita nilaikan situasi ini dan Sangkakala harap dalam PRU13 nanti kita semua boleh membuat pilihan bijak dalam menjaga kestabilan negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: