Selasa, 19 Februari 2013

PERTELINGKAHAN PAS DAN DAP TIDAK AKAN SELESAI

Pertelingkahan demi pertelingkahan diantara DAP serta PAS dilihat pada ketika ini, Datuk Harun Taib semalam menempelak pengerusi DAP yang disifatkannya tidak tahu apa apa ekoran kenyataan Karpal tentang majlis Syura PAS yang dikatakan sebagai suara minoriti dalam pakatan mereka.

Karpal serta pemimpin DAP yang lain sudah lama memperkecilkan majlis syura cuma ianya tidak ditonjolkan namun kini keadaan itu semakin ketara apabila majlis syura menolak usul yang dicadangkan oleh DAP tentang penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam dan didalam kitab bible bahasa Melayu.

Bukan hanya Karpal yang memperlekehkan majlis syura yang sebenarnya, ianya juga telah dilakukan oleh mursyidul am PAS serta presiden PAS sendiri apabila mereka turut menyokong cadangan DAP tersebut tanoa merujuk kepada majlis syura dan ini dilihat sebagai satu penghinaan sedangkan semua ahli PAS mengetahui bahawa majlis syura adalah kuasa penentu dalam setiap apa yang dilakukan oleh parti tersebut.

Jadi dalam kes ini, Harun Taib juga dilihat tidak perlu merasakan Karpal sebagai musuh kerana musuh mereka sebenarnya ialah Nik Aziz serta Hadi Awang yang dilihat membelakangkan majlis syura hingga membuatkan DAP merasa majlis tersebut tidak mempunyai apa apa fungsi.

Jika dilihat melalui prespektif lain pula, PAS tidak perlu lagi bekerjasama dengan DAP memandangkan kredibiliti majlis tersebut diperkecil kecilkan dan seolah olah satu penghinaan terhadap PAS.







Tiada ulasan: