Khamis, 21 Februari 2013

KEHEBATAN MUJAHID YUSOF RAWA MP PARIT BUNTAR

Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar, Negeri Perak dari PAS dan merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Beliau merupakan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat. Bapa beliau Yusuf Rawa merupakan Presiden PAS dari 1982 hingga 1989.
Pendidikan
• Ijazah Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
• Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM)
• Ijazah Kedoktoran Siasah Syariah di Universiti Malaya (UM) 
Kerjaya
• Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007- )
• Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- )
• AJK PAS Pusat (2005- )
• AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
• Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang
• Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
• Guru Bahasa Arab
• Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
• Pensyarah Universiti Multimedia, Melaka Bandar Raya Bersejarah (1999-2004) Universiti Multimedia
Politik
Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugur, Pulau Pinang pada tahun 2004. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Raman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi.
Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003) 
Hebat latar belakang beliau bukan? Namun apa yang menyedihkan apabila beliau mengeluarkan kenyataan seperti dalam keratan akhbar seperti dibawah.
Pembaca boleh nilaikan sendiri siapa Mujahid Yusof Rawa.
 
 Adakah layak seorang yang beragama Islam yang menyokong penggunaan kalimah Allah sebegini diangkat sebagai seorang pemimpin? Tidakkah beliau malu dengan apa yang dilakukan oleh beliau sedangkan beliau mendapat pendidikan agama secukupnya?
 

Tiada ulasan: