Ahad, 17 Februari 2013

NICK XENOPHON DIBAYAR OLEH ANWAR

Anggota senat Australia, Nick Xenophon telah ditahan di lapangan terbang tambang murah baru baru ini dan dihantar pulang serta merta oleh kerajaan Malaysia atas tuduhan mengancam keselamatan negara.

Tindakan kerajaan itu adalah dengan fakta dan bukti bahawa Xenophon telah memasuki Malaysia untuk beberapa kali sebelum ini dan dia telah mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti haram yang melanggar undang-undang Malaysia.

Jadi dengan alasan tersebut maka beliau disenarai hitamkan oleh kerajaan sebagai orang yang dilarang masuk ke negara ini.

Xenophon dikatakan datang ke Malaysia dan akan disusuli oleh 3 orang lagi anggota Senat negara Australia dan mereka ini dikatakan akan memantau senario politik di negara ini.

Persoalannya disini ialah, kenapa mereka datang dan ini atas jemputan siapa? Satu lagi persoalan ialah, adakah mereka ini dihantar oleh kerajaan Australia sedangkan kerajaan Australia telah memberi kata putus bahawa mereka tidak akan menghantar pemerhati politik seperti yang diminta oleh ketua pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa kecaman telah dilemparkan kepada kerajaan oleh pihak pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa oanya melanggar protokol antarabangsa.

Kenapa Anwar begitu beriya iya sangat untuk mempertahankan Xenophon sedangkan kerajaan telah mendapat bukti bahawa beliau pernah mengikuti beberapa program yang diharamkan oleh kerajaan Malaysia.

Sangkakala seperti dapat merasakan bahawa kehadiran ahli senat Australia ini seolah olah dirancang atau mungkinkah beliau telah dibayar untuk mencetuskan huru hara selepas pilihanraya yang akan datang?

Itu Sangkakala rasa tidak mustahil kerana beberapa pemimpin pembangkang telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membawa pengikut mereka ke jalanan sekiranya mereka kalah dalam Pilihanraya nanti.

Kerana itu juga Anwar dan kepimpinan pembangkang terlalu marah dengan penahanan dan penghantaran pulang Xenophon ke negara asal beliau.

Adalah jelas dan terbukti bahawa Anwar Ibrahim sememangnya tidak menghiraukan keselamatan negara demi untuk mencapai apa yang beliau hajati iaitu menjadi Perdana Menteri.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: