Ahad, 24 Februari 2013

MAJLIS PERASMIAN BN PILIHAN ORANG MUDA @Khairykj @azwanbro @NajibRazak @tunfaisal @promelayu @ZambryAbdKadir

Majlis perasmian BN pilihan orang muda peringkat Parlimen Beruas pada petang ini telah disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin sempena lawatan kerja beliau ke negeri Perak.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Saudara Azwan (ketua pemuda perak), Datuk Hamdi (ADUN Pengkalan Baru), Datuk Manaf Hashim Ketua UMNO Bahagian, Datuk Chan Ko Yun Pengerusi BN Beruas dan beberapa dif kehormat serta pemimpin masyarakat.

Lebih dari 2000 orang telah hadir ke majlis perasmian tersebut, dan ini adalah bukti bahawa akan ada perubahan di kawasan parlimen Beruas.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Razak Ismail dan seterusnya nyanyian lagu negaraku dan lagu Barisan Nasional.

Ucapan alu aluan yang diucapkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda Bahagian pada awalnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan seterusnya kepada seluruh hadirin yang hadir pada hari ini.

Beliau mengatakan bahawa dibawah kepimpinan YB Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah banyak kebajikan khusunya untuk para pemuda pada hari ini.

Dalam ucapan perasmian YB Khairy beliau dengan begitu bersemangat memohon supaya parlimen Beruas ini dapat dirampas kembali.

Beliau mengatakan bahawa transformasi yang dilakukan oleh YAB Perdana Menteri sudah pasti akan mengembalikan keyakinan dan kepercayaan rakyat.

Beliau juga berkata bahawa, keperihatinan kerajaan hari ini yang mendengar rintihan pemuda seperti masalah memiliki lesen memandu B2 tunggal, kerajaan telah memberikan Bantuan Lesen 1Malaysia kepada mereka yang masih belum memiliki lesen dengan harga yang cukup minima.

Tidak seperti pembangkang yang hanya membawa pemuda untuk berdemonstrasi seperti keadaan yang berlaku di Kuala lumpur tidak berapa lama dahulu.

Beliau menyeru kepada semua pemuda parlimen Beruas untuk menolak pembangkang pada pilihanraya umum yang akan datang.

Dengan pemberian BR1M kepada orang orang muda adalah bukti dimana kerajaan pada hari ini mendengar rintihan orang muda yang juga merasakan mempunyai hak untuk mendapat bantuan tersebut.

Beliau juga melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan daripada pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa BR1M adalah seumpama hampas kelapa dan jerami padi untuk diberikan kepada lembu dan ayam.

Hari ini pula beliau mengatakan bahawa ada lagi pemimpin pembangkang mengatakan bahawa penerima BR1M adalah bodoh.

Kerajaan tidak pernah bertanya siapa yang kamu pilih atau siapa yang kamu sokong dalam pemberian BR1M kepada rakyat dan orang muda.

Beliau mengatakan juga bahawa, bagi orang Islam haram untuk mengundi wakil rakyat Beruas kerana beliau telah menyokong sebuah filem didalam youtube yang menghina Nabi Muhammad SAW.

Beliau juga mengatakan bahawa wakil rakyat Beruas iaitu Ngeh Koo Ham yang dan sepupu beliau tidak pernah membela nasib rakyat.

Beliau berkata, sekiranya janji pakatan itu masin dan sedap didengar, cuba dengar apa kata orang atau rakyat Selangor, tidak ada janji yang ditepati di negeri tersebut.

Pelbagai janji diberikan pada tahun 2008 yang mana semua janji tersebut dikhianati oleh pihak pembangkang.

Beliau akhirnya memohon supaya kerajaan ioni dikekalkan di PutraJaya pada Pilihanraya akan datang.

Majlis disudahi dengan pemberian BR1M yang diwakilkan kepada ketua ketua kampung, seterusnya pemberian bantuan baik pulih perumahan nelayan seramai 103 orang, penyerahan cek peruntukan bilik gerakan pemuda dan penyampaian kotak bantuan makanan oleh Yayasan Bina Upaya.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: