Khamis, 21 Februari 2013

NIK AZIZ HINA GOLONGAN BERPENDAPATAN RENDAH


Kesian pulak Sangkakala mengenangkan nasib ahli PAS dan pembangkang yang menerima BR1M baru baru ini apabila mereka dianggap sebagai binatang oleh Nik Aziz Nik Mat yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Sangkakala melihat bahawa kenyataan Nik Aziz ini yang sebenarnya ialah apabila beliau melihat begitu ramai ahli PAS yang menerima bantuan kerajaan tersebut.

Walaupun ada pemimpin pembangkang yang mengatakan bahawa ahli mereka perlu mengambil wang tersebut, namun bagi Nik Aziz ianya adalah satu tamparan hebat buat pembangkang.

Semasa penbentangan oleh Perdana Menteri bahawa kerajaan akan memberikan bantuan tersebut kepada rakyat berpendapatan RM 3000 dan kebawah, Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa kerajaan akan bankrap dan selepas itu beliau mengatakan bahawa sekiranya pakatan mengambil alih kerajaan pada PRU 13 nanti, maka kerajaan Pakatan akan memberikan bantuan serupa kepada rakyat berpendapatan RM 4000 kebawah.

Bukankah itu semua bercanggah? Tapi kali ini amat mengecewakan sekali apabila Nik Aziz sanggup mengatakan bahawa penerima BR1M itu seumpama dengan binatang, adakah golongan ini begitu hina dimata Nik Aziz?

Kerajaan telah menetapkan bahawa BR1M mungkin akan dinaikkan sebanyak RM 1000 bagi setiap penerima sekiranya Barisan Nasional terus diberi mandat untuk memerintah negara dan mungkin kerana itu juga Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut kerana beliau tahu bahawa setiap janji kerajaan itu adalah benar dan tidak pernah dimungkiri.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: