Jumaat, 22 Februari 2013

JESUS DI TUKARKAN NAMA KE GURU NANAK

Kecoh disebabkan dengan penggunaan kalimah Allah yang sedang didendangkan sekarang ini. Walaupun telah dijelaskan bahawa penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam apatah lagi ianya diminta untuk digunakan sebagai ganti perkataan Jesus didalam kitab bible berbahasa Melayu.

Dalam kekalutan tersebut, pelbagai pihak telah tampil dengan pelbagai pandangan dan pendapat, seperti kata presiden PAS bahawa ianya boleh diguna pakai dan disambut pula dengan kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, datuk Dr Haron Din yang mnegatakan bahawa ianya adalah haram dan kufur bagi sesiapa yang membenarkannya digunakan oleh orang bukan Islam.

KLIK GAMBAR UNTUK VIDEO

Namun sejak dua tiga hari ini seorang yang beragama Sikh pula telah mempersoalkan tentang penggunaan kalimah Allah perlu di benarkan penggunaanya didalam Bible, dan orang itu ialah pengerusi DAP, Karpal Singh.

Bagi Sangkakala adalah benar seperti kata Datuk Puad Zarkashi bahawa Karpal adalah batu api yang sengaja menimbulkan kekecohan dan beliau dilihat cuba untuk memecah belahkan serta membuatkan Kristian dan Islam di Malaysia bergaduh.
 
Karpal dilihat melebih lebih apabila isu ini dikeluarkan oleh Lim Guan Eng tidak berapa lama dahulu dan kenyataan Guan Eng itu menjadikan orang orang Islam di Malaysia menjadi marah dan pelbagai cacian serta makian dikeluarkan oleh mereka terhadap ketua menteri Pulau Pinang itu.

Tapi Sangkakala juga ada sedikit kemusykilan disini, kenapa Karpal tidak meminta supaya nama Jesuscrist, God atau Lord didalam Bible tersebut ditukarkan kepada nama Guru Nanak yang menjadi sembahan bagi penganut agama Sikh?

Bukankah itu lebih baik daripada beliau mempertikaikan kenapa penggunaan kalimah Allah tersebut tidak dibenarkan didalam Bible dan sudah pasti ianya tidak menjadi kemarahan kepada umat Islam di Malaysia.

Dengan itu juga kita dapat melihat bahawa isu ini sengaja dimainkan oleh DAP dalam usaha memecahbelahkan umat Islam dan yang menjadi kekesalannya pula ialah ada dikalangan pemimpin pembangkang yang beragama Islam bersetuju ianya diguna pakai.

Jadi disini Sangkakala minta supaya pengikut pengikut PAS berfikir sama ada apa yang dilakukan oleh Karpal itu adalah untuk kebaikan atau untuk memecah belahkan umat Islam di negara ini? Dan beliau tidak sepatutnya menjadikan kalimah suci ini sebagai bahan politik dan pemimpin pembangkang yang lain seharusnya menegur beliau dari terus mempertikaikan penggunaan kalimah Allah ini.






Tiada ulasan: